Mobile Legends

PSG Esports Jalin Kerjasama Dengan Organisasi Esukan Indonesia, Rex Regum Qeon

2 tahun lalu

PSG Esports Jalin Kerjasama Dengan Organisasi Esukan Indonesia, Rex Regum Qeon

Cabang esukan bagi kelab bolasepak Paris Saint-Germain, PSG Esports hari ini telah mengadakan sebuah sidang media di Jakarta, Indonesia bagi merasmikan kerjasama mereka bersama dengan organisasi esukan Rex Regum Qeon.

Menurut ketua pegawai permainan PSG Esports, Asia merupakan pasaran strategik mereka di dalam industri esukan ini. PSG Esports sudah sedia mempunyai rakan kerjasama di China iaitu organisasi LGD Gaming dan pasukan kerjasama mereka iaitu PSG.LGD berjaya menamatkan musim kompetitif Dota 2 yang lalu di tempat kedua kejohanan The INternational 2018.

Di Indonesia ini, PSG Esports akan menjalinkan kerjasama dengan RRQ bagi permainan Mobile Legends. Akan dikenali sebagai PSG.RRQ, pasukan ini akan mulai bertanding di liga Mobile Legends Pro League Indonesia untuk musim ketiga yang bakal bermula pada 16 Februari ini.

Berikut merupakan barisan pemain PSG.RRQ:

  • Muhammad ‘Lemon’ Ikhsan
  • Diky ‘Tuturu’
  • William ‘Liam’ Setiawan
  • Try ‘AyamJAGO’ Sukardi
  • Chen ‘James’ Jui Teng
  • Calvien ‘InstincT’

Sumber : Rex Regum Qeon

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments