Dota 2

Twitch Rivals Akan Mempertandingkan Permainan Dota Auto Chess

2 tahun lalu

Twitch Rivals Akan Mempertandingkan Permainan Dota Auto Chess

Dota Auto Chess kekal menjadi salah satu permainan terhangat pada awal tahun ini apabila kini ia bakal dipertandingkan di siri kejohanan Twitch Rivals.

Twitch Rivals mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan kejohanan Dota 2 Auto Chess Showdown pada hari Rabu ini melibatkan 32 penstrim video jemputan. Kejohanan ini akan diadakan dalam dua bahagian iaitu bagi rantau Amerika Utara dan Eropah menawarkan hadiah sebesar USD6,250 bagi setiap rantau.

Twitch Rivals merupakan siri kejohanan esukan yang dianjurkan oleh Twitch memfokuskan kepada penstrim video di platform mereka termasuklah pemain profesional. Bagi tahun 2019 ini, Twitch Rivals merancang untuk mengadakan sebanyak 100 siri kejohanan. Sebelum ini, mereka telah pun menganjurkan pelbagai kejohanan bagi banyak permainan seperti PUBG, Counter Strike Global Offensive, Hearthstone, Fortnite dan pelbagai lagi.

Selain daripada siaran di laman Twitch rasmi mereka iaitu twitch.tv/twitchrivals, setiap peserta juga akan melakukan strim tersendiri di laman Twitch masing-masing menunjukkan sudut pandang mereka. Twitch Rivals : Dota 2 Auto Chess Showdown akan berlangsung pada 6 Februari ini bermula pada pukul 1 pagi waktu Malaysia (5 Feb – 12PM EST).

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments