Liga Overwatch

Pas “All-Access” Liga Overwatch Di Twitch Kembali Dengan Harga Yang Lebih Rendah Dan Pelbagai Faedah Baharu

1 tahun lalu

Pas “All-Access” Liga Overwatch Di Twitch Kembali Dengan Harga Yang Lebih Rendah Dan Pelbagai Faedah Baharu

Liga Overwatch musim kedua bakal bermula tidak lama lagi dan bersempena dengannya, penawaran pas “All Access” di laman Twitch kini kembali dengan harga yang lebih murah dan fungsi yang dikemaskini.

Pas yang diwujudkan bagi menambah baik pengalaman menonton perlawanan liga tersebut ini akan dijual pada harga USD14.99, jauh lebih murah berbanding dengan harga USD29.99 pada musim lalu. Pas ini akan membolehkan pelanggan mengawal sudut tontonan kegemaran mereka seperti sudut padang pertama mahupun sudut padang atas yang juga boleh sertakan dengan siaran rasmi.

Antara faedah lainnya adalah:

  • 200 token Liga Overwatch (bernilai USD9.99) yang boleh digunakan untuk membeli kostum pasukan.
  • 20% diskaun ke atas cenderahati pasukan.
  • Siaran bebas iklan.
  • Bilik bualan khas untuk pelanggan.
  • Peluang untuk menyertai Q&A bersama pemain profesional.
  • 2 lencana khas di laman Twitch.
  • 3 emote bertemakan pasukan.
  • 500 bits percuma untuk ahli Twitch Prime.

Pas ini boleh dibeli di pautan ini dan kekal sehingga tamat musim. Anda yang berminat boleh mendapatkan pas ini secepat mungkin sebelum bermulanya liga iaitu pada 15 Februari ini dengan perlawanan diantara finalis musim lalu iaitu Philadelphia Fusion menentang London Spitfire.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments