EPIC – Persidangan Industri Profesional Esukan Bakal Diadakan Di Perak Mac ini

EPIC – Persidangan Industri Profesional Esukan Bakal Diadakan Di Perak Mac ini

Selain daripada Terengganu dan Sarawak, semenjak dari tahun 2017 lalu, negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang amat aktif melibatkan diri dalam acara esukan dan usaha membangunkan esukan di negeri tersebut.

Pada bulan Mac ini, sebuah lagi acara esukan bakal di anjurkan di negeri tersebut oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). Dinamakan sebagai Esports Professional Industry Conference (EPIC), acara ini bakal memfokuskan kepada tiga bidang di dalam industri esukan iaitu ekosistem, ekonomi dan pembangunan.

Baca Juga :   Pendaftaran Bagi Kejohanan Esukan Di Persidangan EPIC 2019 Telah Dibuka - Dota 2, PUBG Mobile, Mobile Legends Dan FIFA 19

Selain daripada persidangan esukan, EPIC akan turut sama menganjurkan pameran dan kejohanan esukan. Pada ketika ini, mereka masih lagi tidak mendedahkan perincian persidangan ini secara menyeluruh dan masih di dalam proses mendaftar minat daripada komuniti.

EPIC akan dianjurkan di Hotel Casuarina di bandar Meru di Ipoh pada 2 sehingga 3 Mac kelak. Bagi anda yang berminat, borang daftar minat bagi persidangan ini boleh diisi di pautan ini.

Leave a Comment