PUBG

Ujian Beta PUBG Lite Untuk PC Akan Diperluaskan Ke Malaysia, Singapura, Indonesia Dan Filipina Tidak Lama Lagi

2 tahun lalu

Ujian Beta PUBG Lite Untuk PC Akan Diperluaskan Ke Malaysia, Singapura, Indonesia Dan Filipina Tidak Lama Lagi

Pembangun PUBG Lite untuk PC hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memperluaskan ujian beta ke beberapa buah negara tidak lama lagi.

PUBG Lite yang sebelum ini dikenali sebagai PUBG Project Thai merupakan versi ringan khas yang dibangunkan untuk komputer dengan spesifikasi rendah. Berbanding dengan versi asal yang memerlukan perkakasan berkuasa tinggi, PUBG Lite hanya memerlukan spesifikasi yang amat minimum seperti pemproses grafik Intel HD Graphics 4000 dan RAM minimum 4GB.

Mereka bagaimanapun masih belum mengumumkan tarikh rasmi bagi perluasan ini. Negara yang telah dipilih untuk menyertai ujian beta ini adalah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan untuk memainkan PUBG Lite:

Minimum:

  • OS : Windows 7/8/10 64-bit
  • CPU : 2.4GHz Core i3
  • RAM : 4GB
  • GPU : Intel HD Graphics 4000
  • HDD : 4GB

Cadangan:

  • OS : Windows 7/8/10 64-bit
  • CPU : Core i5 2.8GHz
  • RAM : 8GB
  • GPU : NVIDIA GeForce GTX 660 atau AMD Radeon HD 7870
  • HDD : 4GB
Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *