Mobile Legends

Moonton Mengumumkan MLBB Diamond Challenge – Kejohanan Dalam Talian Untuk Pemain Amatur

2 tahun lalu

Moonton Mengumumkan MLBB Diamond Challenge – Kejohanan Dalam Talian Untuk Pemain Amatur

Pembangun di sebalik permainan moba mudah alih popular Mobile Legends Bang Bang, Moonton semalam telah mengumumkan penganjuran sebuah kejohanan khas untuk pemain amatur dan semi profesional iaitu MLBB Diamond Challenge (MDC – MY/SG).

Mobile Legends sudah sedia mempunyai liga profesional tersendiri iaitu MPL MY/SG yang akan bermula tidak lama lagi. Oleh kerana MPL berlansung selama dua musim dengan jayanya, Moonton dilihat mahu mengorak langkah ke arah pembangunan bakat baharu dengan memfokuskan kepada pemain amatur di kedua-dua negara.

Seperti MPL, penyertaan MDC akan dibuka kepada penduduk Malaysia dan Singapura.Kejohanan ini akan dilangsungkan secara dalam talian dan menawarkan hadiah sebesar USD3,200. Musim pertama akan berlangsung pada 19 sehingga 29 Februari ini. Berikut adalah jadual kejohanan :

  • Pendaftaran : 04-17 Februari 2019
  • Kelayakan : 19-24 Februari 2019
  • Pusingan Main Habis : 25 Februari 2019
  • Final: 26 Februari 2019

Pusingan kelayakan dalam talian akan mempertandingkan 512 pasukan dari Malaysia dan Singapura. 8 pasukan terbaik dari pusingan tersebut akan mara ke pusingan main habis bagi merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Maklumat lanjut berkaitan dengan kejohanan ini akan disiarkan di laman Facebook rasmi Mobile Legends Bang Bang Malaysia.

https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/videos/233506950914829/

Sumber : Mineski.net