League of Legends

Taipei China Dan Vietnam Dipilih Menjadi Lokasi Penganjuran MSI 2019

2 tahun lalu

Taipei China Dan Vietnam Dipilih Menjadi Lokasi Penganjuran MSI 2019

Selepas Eropah, kejohanan Mid-Season Invitational bakal kembali ke Asia dengan pemilihan Hanoi, Ho Chi Minh dan Taipei dipilih sebagai tuan rumah tahun ini.

Mid-Season Invitational merupakan kejohanan yang diadakan di antara dua musim split utama setiap tahun. Juara split terbaru rantau akan terpilih menjadi wakil rantau tersebut dan bertarung dengan juara dari rantau lainnya.

Bagi tahun 2019 ini, bandar Ho Chi Minh akan menganjurkan pusingan play-in manakala Hanoi akan menganjurkan pusingan kumpulan. Sementara itu, Taipei akan menjadi tuan rumah kepada pusingan kalah mati dan akhir kejohanan. Menurut Riot Games, perkembangan arena kompetitif di kedua-dua negara tersebut adalah antara sebab kenapa mereka dipilih sebagai tuan rumah. Riot Games mahu menghargai komuniti di kedua-dua negara dengan menganjurkan sebuah kejohanan bertaraf global sebagai pengiktirafan kepada mereka.

Berikut adalah perincian bagi setiap peringkat:

Pusingan Play-in:

  • Pusingan 1 : 1 Mei – 4 Mei
  • Pusingan 2 : 5 Mei – 7 Mei
  • Lokasi : Ho Chi Minh City

Pusingan Kumpulan:

  • Tarikh : 10 Mei – 14 Mei
  • Lokasi : Hanoi

Pusingan Kalah Mati:

  • Tarikh : 17 Mei – 19 Mei
  • Lokasi : Taipei
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments