Mobile Legends

10 Pasukan Yang Akan Berentap Di MPL MY/SG Musim Ketiga Kini Lengkap

2 tahun lalu

10 Pasukan Yang Akan Berentap Di MPL MY/SG Musim Ketiga Kini Lengkap

Senarai pasukan yang bakal bertanding di Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG musim ketiga kini lengkap selepas tamatnya pusingan kelayakan bagi negara Singapura semalam.

Slot terakhir liga disambar oleh Nara Esports yang menewaskan pasukan Jasper & Friends di perlawanan akhir pusingan kelayakan terbuka Singapura. Musim tetap liga akan bermula pada 1 Mac ini dan akan berlangsung selama 6 minggu iaitu sehingga 7 April 2019. Musim tetap ini akan dijalankan menggunakan format tanding padan gilir (terbaik dari tiga perlawanan – BO3).

8 pasukan terbaik di musim tetap kemudiannya akan mara ke pusingan main habis bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 yang disediakan bagi pusingan tersebut. Berikut adalah senarai lengkap 10 pasukan yang akan bertanding di MPL MY/SG musim ketiga:

Pasukan jemputan:

  • Bigetron Esports (SG)
  • Resurgence (SG)
  • Evos Esports (SG)
  • Bosskurr Gaming (MY)
  • Reborn (MY)
  • GeekFam (MY)

Kelayakan Malaysia:

  • Xpax X-assins
  • Mysterious Assassins
  • Icon

Kelayakan Singapura

  • Nara Esports
Sumber : Moonton
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments