Dota 2

Team Secret Juarai Kejohanan Dota 2 The Chongqing Major

2 tahun lalu

Team Secret Juarai Kejohanan Dota 2 The Chongqing Major

Selepas The Kuala Lumpur Major berlangsung pada penghujung tahun lalu, skrip yang hampir sama berlaku di The Chongqing Major apabila tiga pasukan terbaik pada ketika itu turut sama berada di kedudukan tiga terbaik kejohanan kali ini membuktikan kelas tersendiri mereka di arena kompetitif Dota 2.

Pasukan Evil Geniuses menamatkan kejohanan The Chongqing Major di tempat ketiga selepas tewas kepada pasukan Secret di perlawanan akhir kumpulan kalah menyamai keputusan mereka di Kuala Lumpur.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan Secret mara ke pentas akhir kejohanan dengan misi membalas dendam terhadap kekalahan mereka di Kuala Lumpur. Namun begitu, pasukan Secret kali ini lebih bersedia untuk bertarung dengan mudah memenangi dua perlawanan pertama di dalam siri terbaik dari lima perlawanan itu.

Pasukan Secret mempamerkan prestasi cemerlang menamatkan kedua-dua perlawanan pertama dengan pantas iaitu 21 minit bagi perlawanan pertama dan 17 minit bagi perlawanan kedua. Walaubagaimanapun, pasukan Virtus Pro kembali garang diperlawanan ketiga. Perlawanan ketiga berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling mendahului pada satu-satu masa.

Virtus Pro bagaimanapun berjaya menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan memihak kepada mereka selepas 40 minit masa perlawanan berlalu. Secret kemudiannya memasuki perlawanan ke empat dengan lebih semangat dan bermain dengan sempurna memanfaatkan setiap kesilapan Virtus Pro. Team Secret akhirnya menjulang piala kejohanan selepas pasukan Virtus Pro menyerah kalah selepas gagal menundukkan Secret di pertarungan mereka di sarang roshan.

Sumber : Puppey

Sebagai juara, Team Secret membawa pulang hadiah USD350,000 dan 4950 mata DPC manakala pasukan Virtus Pro membawa pulang USD130,000 dan 3000 mata DPC. Kedua-dua pasukan kini telah mempunyai sebuah gelaran juara major pada musim ini dan secara rasminya mempunyai mata DPC yang mencukupi untuk melayakkan diri ke kejohanan The International 2019 kelak.

Sumber gambar : Team Secret

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments