League of Legends Riot Games

Riot Games Umum Kerjasama Dengan Active Minds Bagi Perluas Kesedaran Kesihatan Mental

2 tahun lalu

Riot Games Umum Kerjasama Dengan Active Minds Bagi Perluas Kesedaran Kesihatan Mental

Antara masalah utama yang menghantui permainan berbilang pemain di dalam talian adalah persekitaran yang toksik.

Perkara ini berlaku akibat daripada fitrah dunia dalam talian yang membolehkan seseorang itu berlindung di sebalik identiti anonim menyebabkan mereka melakukan perkara bersifat negatif tanpa perlu memikul tanggungjawab terhadap sebarang kesan dan pengakhirannya. Ini menyebabkan ucapan mengimpi kematian seseorang, caci maki terhadap satu sama lain menjadi sesuatu yang normal di dunia tanpa sepadan ini.

Oleh kerana perkara ini berleluasa di dalam permainan dalam talian, golongan belia yang merupakan golongan sasar utama industri ini terdedah dengan pelbagai sifat negatif yang mampu memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka. Riot Games, pembangun di sebalik permainan popular League of Legends mengumumkan bahawa mereka telah memeterai kerjasama dengan Active Minds bagi meluaskan kesedaran kepentingan kesihatan mental dengan fokus kepada pelajar kolej dan sekolah.

Active Minds merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada kesihatan mental dengan misi membantu golongan belia berumur 14-25 mempelajari kesihatan mental dan menormalkan perbualan tentang topik tersebut agar ia dapat membawakan perubahan terhadap komuniti. Pelajar kolej merupakan salah satu kumpulan pemain terbesar permainan League of Legends di Amerika Utara.

Dengan kerjasama ini, Active Minds berharap agar mereka mampu meluaskan capaian mereka terhadap golongan sasar sekaligus membantu kesihatan mental mereka.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments