Fortnite

Epic Games Bersatu Dengan ESL Membawakan Kejohanan Fortnite Ke Acara IEM Katowice 2019

2 tahun lalu

Epic Games Bersatu Dengan ESL Membawakan Kejohanan Fortnite Ke Acara IEM Katowice 2019

Salah satu penganjur acara esukan ternama dunia, ESL telah mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan Epic Games bagi menyertakan permainan Fortnite pada acara ekspo IEM (Intel® Extreme Masters) Katowice 2019.

Diberi nama sebagai ESL Katowice Royale, ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlaj USD600,000. Namun begitu, ia terbahagi kepada dua acara iaitu edisi khas untuk warganegara Poland yang mengambil sejumlah USD100,000 dari jumlah hadiah keseluruhan dan edisi antarabangsa yang menawarkan USD500,000 selebihnya.

Edisi Poland akan berlangsung pada 23-24 Februari manakala edisi antarabangsa bakal berlangsung pada 1 sehingga 3 Mac 2019. Kedua-dua acara akan mempertandingkan 100 orang pemain dan beberapa duo pemain jemputan telah pun disenaraikan iaitu :

  • 72hrs – Chap
  • 7ssk7 – Jamside
  • Bizzle – Dmo
  • Boyerxd – Crippa
  • Domentos – Fwexy
  • Hoopek – Sk1x
  • Issa – Kamo
  • Kinstaar – Hunter
  • Magin – Juganza
  • Mirwana – Inclyde
  • Mitr0 – Khuna
  • Motor – ErycTriceps
  • Nate Hill – FunkBomb
  • RazZzero0o – x8
  • Saf – Zayt
  • Sak0ner – Skram
  • Skite – Vato
  • Taiovsky – Nero
  • Teeqzy – Mushway
  • Tfue – Cloak
  • TheVic – Blaxou
  • Vivid – Poach
  • ZexRow – Vinny1x

IEM Katowice akan berlangsung bermula pada 20 Februari sehingga 3 Mac membawakan beberapa acara esukan ternama seperti kejohanan CSGO Major IEM Katowice 2019 dan kejohanan IEM Starcraft II. Pada masa yang sama, kejohanan Dota 2 ESL One Katowice akan turut berlangsung pada 22 sehingga 24 Februari melengkapkan ekspo tersebut dengan kemeriahan esukan.

Epic Games juga dikhabarkan akan terus menjalinkan kerjasama dengan penganjur esukan antarabangsa bagi menganjurkan lebih banyak lagi acara esukan tahun ini. Tahun lalu, Epic Games mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan USD100 Juta jumlah hadiah bagi acara-acara esukan mereka.

Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu langkah mereka memperbaiki kesilapan-kesilapan yang dilakukan mereka sepanjang menganjurkan kejohanan tersendiri mereka. Walaupun Fortnite merupakan permainan paling popular ketika ini, penganjuran kejohanan esukan oleh Epic Games sering menerima kritikan kerana mempunyai pelbagai masalah. Pengalaman pengajur acara esukan ternama adalah penting bagi mereka mempelajari selok belok penganjuran acara yang lebih teratur dan profesional.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments