Sunsuria Berhad Bakal Mewujudkan Hab Esukan Dinamakan Evxra Di Salak Tinggi

Sunsuria Berhad Bakal Mewujudkan Hab Esukan Dinamakan Evxra Di Salak Tinggi

Sebuah lagi hab esukan bakal diwujudkan di Selangor kali ini di Sunsuria City di Salak Tinggi (Sepang/Putrajaya Selatan). Syarikat pemaju hartanah Sunsuria Berhad hari ini telah menandatangani memorandun persefahaman (MOU) bersama dengan empat individu bagi membina sebuah hab esukan yang dinamakan sebagai Evxra di dalam bandar yang dibangunkan mereka itu.

Empat individu tersebut adalah Teh Mun Ben (Benny Teh), Justin Chang, Fahmi Fairuz dan Hazman Hassan dari syarikat Kitamen. Acara tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh timbalan menteri belia dan sukan iaitu YB Menteri Tuan Steven Sim. Sunsuria City merupakan sebuah bandar sebesar 525 ekar yang dibina mengelilingi Universiti Xiamen Malaysia (XMUM) menjadikan ia lokasi yang amat sesuai bagi golongan belia.

Baca Juga :   Clutch Gamers - Wakili Asia Tenggara Di MDL Dota 2 League 2017
Gambaran artis bagi Sunsuria City – Sumber : Sunsuria Berhad

Projek ini mensasarkan untuk memupuk ekosistem esukan tempatan dengan menyediakan platform bersesuaian bagi menganjurkan kejohanan dan acara-acara esukan. Hab ini juga akan dijadikan lokasi mendidik anak muda tempatan berkaitan dengan esukan dan membekalkan latihan kepada mereka yang berminat untuk mencari kerjaya di dalam industri ini mengikut kemahiran masing-masing.

Menurut Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, pengerusi eksekutif Sunsuria Berhad, penubuhan hab esukan ini adalah selari dengan kepercayaan Sunsuria yang mahu menjadikan pendidikan sebagai pemangkin utama bandar tersebut. Penyatuan esukan dan pembangunan hartanah juga mampu memberikan nilai tambah ke dalam sektor hartanah dan menarik bentuk komuniti yang lebih meluas lagi, tambah beliau.

Leave a Comment