Esukan

Farming Simulator Bakal Mengadakan Liga Esukan Tersendiri Dengan Hadiah Melebihi RM1 Juta

2 tahun lalu

Farming Simulator Bakal Mengadakan Liga Esukan Tersendiri Dengan Hadiah Melebihi RM1 Juta

Apa sahaja permainan, jika mempunyai sisi kompetitif dan komuniti yang menyokongnya, ia pasti boleh menjadi judul esukan. Ini termasuklah permainan simulasi pertanian popular iaitu Farming Simulator.

Dengan kebolehan bermain secara berbilang pemain, Farming Simulator sedia mempunyai beberapa kejohanan kecil memperlihatkan sisi kompetitif permainan tersebut. Oleh kerana ia diterima baik komuniti, pembangun disebaliknya iaitu Giants Software kini mengumumkan penubuhan liga dengan hadiah sebesar €250,000 (~RM1,177,900).

Farming Simulator League ini akan mempunyai 10 buah kejohanan yang akan diadakan di sekitar Eropah sebelum ia diakhiri di konvensyen FarmCon pada musim panas 2020 kelak. Liga ini akan dilangsungkan menggunakan mod 3 lawan 3 serba baharu permainan tersebut. Mereka juga sudah berjaya mendapatkan penaja seperti Intel dan Logitech bagi menjaya penganjuran liga ini.

Sumber : The Esports Observer

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments