Dota 2

Pemain Lagenda Dendi Sah Menyertai Pasukan Tigers Bersama Dengan Mushi

2 tahun lalu

Pemain Lagenda Dendi Sah Menyertai Pasukan Tigers Bersama Dengan Mushi

Ikon bagi permainan Dota 2, Danil “Dendi” Ishutin sah mengikut jejak langkah Mushi menyertai pasukan Tigers.

Selepas kehilangan Ahjit dan InYourDream tempoh hari, barisan pasukan Tigers kini kembali lengkap dengan penambahan dua orang pemain lagenda iaitu Mushi dan Dendi. Kedua-dua mereka akan menyertai 1437, Moonmeander dan Xepher di dalam pasukan tersebut.

Memandangkan kedua-dua daripada mereka pernah memegang posisi mid, di dalam pasukan baharu ini, mereka akan saling bertukar posisi diantara mid dan carry mengikut keadaan dan keperluan. Ini merupakan kali pertama Dendi bertukar pasukan di dalam permainan Dota 2. Beliau sebelum ini kekal bermain untuk pasukan Natus Vincere dari tahun 2010 sehingga 2018 lalu.

Dengan hadirnya dua pemain lagenda di dalam pasukan ini, ramai peminat tidak sabar menanti persembahan mereka kelak. Bagi peminat di Malaysia pula, dengan pengumuman ini, anda berpeluang untuk terserempak dengan Dendi selepas ini memandangkan pasukan Tigers berpengkalan di Malaysia.