League of Legends

Riot Games Lancar Video Sinematik Terbaru Sambut Musim Kompetitif Ranking Baharu

2 tahun lalu

Riot Games Lancar Video Sinematik Terbaru Sambut Musim Kompetitif Ranking Baharu

Musim kompetitif beranking baharu League of Legends akan bermula tidak lama lagi dan bagi menyambutnya, Riot Games stelah melancarkan sebuah video sinematik baharu.

Diberi tajuk “Awaken”, video ini mempamerkan pertarungan melibatkan beberapa watak dari permainan tersebut. Seperti biasa Riot Games terkenal dengan produksi bertaraf tinggi, video sinematik ini hadir dengan animasi berkualiti dan muzik latar khas yang dinyanyikan oleh Valerie Broussard. Muzik ini juga seperti biasa akan hadir ke platform muzik popular untuk dimuat-turun.

Musim kompetitif terbaru League of Legends akan bermula pada 24 Januari ini dengan beberapa perubahan terbaru seperti taraf ranking baharu iaitu Iron dan Grandmaster dan juga ranking khas posisi dimana pemain kini akan memperoleh ranking khas bagi setiap posisi yang dimainkan oleh mereka.

Menurut Riot Games, perubahan ini akan membantu sistem pemadan pemain memberikan padanan yang lebih tepat sekaligus membantu kualiti permainan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments