Dota 2

Mushi Sah Menyertai Pasukan Tigers

2 tahun lalu

Mushi Sah Menyertai Pasukan Tigers

Selepas mengumumkan perpisahan dengan Lai “Ahjit” Jay Son and Muhammad “inYourdreaM” Rizky, pasukan Tigers kini mengesahkan penambahan salah seorang pemain baharu mereka iaitu Chai “Mushi” Yee Fung.

Mushi kali terakhir bermain bagi pasukan Mineski sebelum meninggalkan pasukan itu pada bulan November 2018 yang lalu. Mushi akan menyertai 1437, Xepher dan Moonmeander di dalam pasukan Tigers dan memegang posisi satu pasukan.

Sementara itu, bagi pemain terakhir pasukan Tigers, walaupun belum mengumumkannya, ura-ura kedengaran bahawa beliau merupakan pemain ternama yang bakal mengejutkan para peminat selepas diumumkan kelak. Diharapkan dengan penambahan pemain baharu berpengalaman tinggi ini, pasukan Tigers akan kembali mempamerkan prestasi cemerlang di rantau Asia Tenggara ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments