Mobile Legends

Icon, Mysterious Assassin, Xpax X-Assins Layak Ke MPL Musim Ke-3

2 tahun lalu

Icon, Mysterious Assassin, Xpax X-Assins Layak Ke MPL Musim Ke-3

Semalam telah berlangsungnya pengakhiran kepada pusingan kelayakan bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG musim ketiga bagi Malaysia.

Pemilik bagi tiga slot yang disediakan telah pun diketahui iaitu pasukan Icon, Mysterious Assassin dan Xpax X-Assins. Mereka akan menyertai 6 pasukan jemputan dan 1 pasukan dari pusingan kelayakan Singapura di musim tetap liga.

Musim tetap MPL musim ke-3 akan bermula pada 1 Mac kelak dan berlanjutan sehingga 7 April yang kemudiannya beralih ke peringkat main-habis. Berikut adalah senarai pasukan di MPL musim ke-3 ketika ini:

Jemputan

  • Bigetron SG
  • Bosskurr Gaming
  • Evos Esports SG
  • Resurgence
  • Reborn
  • GeekFam

Kelayakan Malaysia

  • Icon
  • Mysterious Assassins
  • Xpax X-Assins

Kelayakan Singapura

  • Nara Esports