League of Legends

Pendapatan League of Legends Menurun 33% Pada Tahun 2018 – Lebih Rendah Berbanding Tiga Tahun Sebelumnya

2 tahun lalu

Pendapatan League of Legends Menurun 33% Pada Tahun 2018 – Lebih Rendah Berbanding Tiga Tahun Sebelumnya

Kontroversi yang melanda Riot Games dan dominasi Fortnite, apapun sebabnya, jumlah keuntungan yang diperoleh permainan League of Legends pada tahun 2018 merupakan yang terendah sejak dari tahun 2015.

Menurut laporan daripada SuperData Research, dalam laporan permainan digital dan media interaktif mereka bagi tahun 2018, permainan League of Legends memperoleh keuntungan sebesar USD1.4 billion. Ia berada di kedudukan ketiga dibawah permainan Fortnite (USD2.4 bilion) dan Dungeon Fighter Online (USD1.5 bilion).

Jumlah tersebut merupakan yang terendah berbanding tiga tahun terdahulu memperlihatkan penurunan sebanyak 700 juta USD atau 33% berbanding pada tahun 2017. Pengaruh permainan bergenre battle royale sudah pasti memberikan efek terhadap nilai ini terutamanya dengan kejayaan sistem battlepass yang sentiasa menerima kemaskini kosmetik yang menarik minat pemain untuk sentiasa melanggannya.

Sumber : Superdata Research

Namun begitu, Riot Games masih perlu melakukan refleksi kendiri dan tidak menganggap penurunan ini adalah disebabkan oleh kepopularan permainan Fortnite, terutamanya dengan kontroversi budaya di tempat kerja yang dihadapi mereka pada tahun lalu. Musim kompetitif League of Legends pada tahun lalu juga menerima maklumbalas kurang memuaskan daripada komuniti.

Riot Games harus memperbaiki diri mereka bagi menarik semula pegangan di dalam pasaran permainan. Mereka juga harus tidak memandang rendah pada penguasaan permainan mudah alih yang berkembang pesat dari tahun ke tahun.

Sumber : RedditSuperdata Research

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments