Esukan Mobile Legends

Celcom Memperkenalkan XPAX X-ASSINS – Pasukan Mobile Legends Tersendiri, Bertanding Di MPL Musim Ke-3

2 tahun lalu

Celcom Memperkenalkan XPAX X-ASSINS – Pasukan Mobile Legends Tersendiri, Bertanding Di MPL Musim Ke-3

Selepas melibatkan diri dalam arena esukan dengan menaja dan menganjurkan kejohanan esukan, syarikat telekomunikasi Celcom Axiata nampaknya bakal terjun lebih dalam lagi ke dalam industri ini dengan mengumumkan penubuhan pasukan esukan tersendiri mereka iaitu XPAX X-ASSINS.

XPAX X-ASSINS merupakan sebuah pasukan bagi permainan Mobile Legends Bang Bang yang dianggotai oleh enam ahli. Mereka telah pun mendaftar untuk menyertai pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG Musim Ke-3 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata bahawa usaha mereka melibatkan diri dalam arena esukan ini adalah sejajar dengan aspirasi mereka sebagai penyedia perkhidmatan untuk sentiasa mengikuti trend gaya hidup digital semasa.

Beliau turut berkata bahawa mereka mahu menjadi jenama terunggul dalam memperkasakan bakat tempatan dalam arena esukan dengan menyediakan platform untuk pemain-pemain ini memantapkan kemahiran dan menjadi juara pada acara di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Celcom mengumumkan bahawa pasukan ini akan menerima tajaan selama setahun. Mereka turut berhasrat untuk melayakkan diri untuk mewakili negara di kejohanan esukan yang akan diadakan di Sukan SEA 2019. Berikut merupakan senarai pemain bagi pasukan ini:

  • Aeliff Adam “Smooth”
  • Syed Nabil “иαмι”
  • Mohammad Al Hatta “Artha”
  • Muhammad Aiqal “Saiyajinn”
  • Muhammad Siddiq “Kukubesi”
  • Syed Fahd “arab”
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments