Dota 2

Mumbai Bakal Menjadi Tuan Rumah Seterusnya Bagi Kejohanan Dota 2 ESL One

2 tahun lalu

Mumbai Bakal Menjadi Tuan Rumah Seterusnya Bagi Kejohanan Dota 2 ESL One

India mulai menarik perhatian penganjur kejohanan esukan terkemuka dunia dengan pelbagai pihak memilih negara tersebut sebagai pentas acara mereka. ESL kini bakal menganjurkan siri kejohanan ESL One mereka di Mumbai, pada bulan April ini.

ESL One Mumbai 2019 akan mempertandingkan 12 pasukan Dota 2 merebut hadiah sebesar USD300,000. Ia akan berlangsung pada 19 sehingga 21 April ini bertempat di NSCI Dome, Mumbai. Sebanyak 7 daripada 12 pasukan yang bertanding akan menerima jemputan terus ke kejohanan ini.

Baki 5 pasukan akan melayakkan diri melalui pusingan kelayakan rantau termasuklah sebuah slot khas untuk India selaku tuan rumah.