Esukan

Malaysia Kekal Tidak Benar Warga Israel Sertai Acara Di Negara Ini

2 tahun lalu

Malaysia Kekal Tidak Benar Warga Israel Sertai Acara Di Negara Ini

Pada bulan November 2018 lalu, pemain bagi pasukan Dota 2 Ninjas in Pyjamas, Neta “33” Shapira terpaksa melepaskan peluang bermain di Kejohanan The Kuala Lumpur Major selepas gagal memperoleh visa.

Beliau gagal mendapatkan visa kerana berasal dari negara Israel. Oleh kerana Malaysia mengamalkan pendirian pro-Palestin, tiada hubungan diplomatik dibentuk oleh kerajaan Malaysia bersama dengan Israel. Ini menyebabkan wakil Israel memerlukan kebenaran khas dari Kementerian Dalam Negeri (Sumber) untuk menghadiri sebarang acara di negara ini.

Pada 10 Januari lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa Malaysia kekal tidak akan membenarkan atlet Israel untuk hadir bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan diadakan pada 29 Julai hingga 4 Ogos kelak. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah turut menegaskan berkaitan isu ini dengan memaklumkan bahawa barisan jemaah menteri kabinet Malaysia telah bersetuju untuk menghalang sebarang atlet Israel dari menghadiri sebarang program dan acara di Malaysia.

Baca Juga :   Esports Malaysia Keliru Dengan Peruntukan RM10 Juta Kepada MDEC

Kegagalan permohonan visa Neta “33” Shapira tempoh hari juga telah menimbulkan perbincangan oleh para peminat akan kelayakan Malaysia selaku tuan rumah acara menghalang atlet menghadiri acara esukan tersebut. Ramai peminat luar menemplak keputusan tersebut dan meminta untuk penganjur memilih lokasi lain pada masa akan datang.

Jika masalah itu terus berlanjutan, tidak mustahil para penganjur kejohanan esukan ternama yang kebanyakannya berasal dari luar negara, memilih untuk tidak lagi mengadakan acara mereka di negara ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang sama berulangan. Kami di disini berpendapat bahawa sebarang acara esukan seharusnya bebas dari politik dan isu keagamaan.

Sumber : Bernama

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments