Steam

Steam Kongsi Statistik Bagi Tahun 2018 Dan Perancangan Tahun 2019

2 tahun lalu

Steam Kongsi Statistik Bagi Tahun 2018 Dan Perancangan Tahun 2019

Platform permainan popular Steam telah berkongsikan ulasan tahunan mereka memperlihatkan data-data dan statistik bagi tahun 2018 lalu serta perancangan mereka bagi tahun ini.

Sepanjang tahun lalu, Steam mempunyai 90 juta pengguna aktif setiap bulan dengan 1.6 juta pengguna melakukan pembelian kali pertama di platform tersebut. Steam telah menambah sokongan terhadap pelbagai pembekal sistem bayaran menjadikan jumlah sistem yang disokong kini melebihi 100 buah.

Berkongsi lanjut mengenai pengguna mereka, Steam berkongsikan jumlah pemain mereka bagi rantau utama dunia berdasarkan kepada jual beli di rantau tersebut. Sepanjang tahun 2012 sehingga 2018, jumlah pengguna di Asia memperlihatkan perkembangan terbesar dengan kini menyamai jumlah pengguna Amerika Utara dan Eropah Barat.

Dengan pelancaran Steam China secara rasmi kelak, jumlah ini dijangka akan meningkat lagi dengan lebih besar. Dengan kebolehcapaian internet di Asia semakin luas dan pemilikan perkakasan yang semakin ramai, lebih ramai pengguna tidak teragak-agak mengeluarkan belanja pada permainan kegemaran mereka.

Selain daripada hal-hal berkaitan dengan kedai permainan mereka, Steam turut menyentuh perihal komuniti Steam dan penambahbaikan yang telah dijalankan mereka sepanjang tahun 2018. Tahun 2018 membawakan Steam Chat serba baharu dengan teknologi terkini menyamai platform bualan lain masa kini.

Penggunaan teknologi seperti WebRTC dan Rich Presence telah membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan tersebut. Teknologi Steam Chat dan Steam Broadcast turut digabungkan dengan pelancaran SteamTV. Bagi tahun 2019, perkhidmatan SteamTV akan diperluaskan lagi dengan memberi sokongan kepada semua permainan di Steam.

Steam turut menyentuh berkaitan dengan SteamVR dan Steam Link dalam usaha mereka memastikan Steam terus kekal relevan dengan trend permainan masa kini. Menyentuh berkaitan dengan teknologi ini juga, Steam berkongsikan telah penambahbaikan di sebalik tabir iaitu pada infrastruktur mereka.

Penambahbaikan Steam Inventory Service telah membantu permainan seperti PUBG mencipta item yang unik dan dinamik. Bagi tahun 2018, sebanyak 3.8 billion item telah dihasilkan menggunakan Steam Inventory Service. Steam turut menambahaik pelayan-pelayan mereka dalam usaha membekalkan pengalaman penggunaan yang lancar kepada pengguna.

Pembinaan rangkaian peribadi global mereka turut memperlihatkan perkembangan menarik dengan lebih 15 exabait data dihantar kepada pengguna melaluinya pada tahun lalu membekalkan trafik berkelajuan tinggi dan latensi rendah kepada pengguna di 229 negara. Steam turut meluaskan penggunakan teknologi peralihan serangan penafian penyebaran perkhidmatan (ddos) yang digunakan pada permainan yang dibangunkan oleh Valve kepada permainan keluaran syarikat lainnya secara ujian tertutup.

Akhir sekali, menyentuh mengenai perancangan merkea bagi tahun ini, Steam telah menyenaraikan beberapa perkara seperti Steam China, SteamTV dan Steam Trust. Sistem Steam Trust yang digunapakai oleh CSGO akan ditambahbaik dan diberi akses untuk diguankan kepada semua permainan di Steam.

Bagi anda yang tidak tahu, berbanding dengan sistem pamadan pemain tersendiri sesebuah permainan, seperti behaviour score di Dota 2, Steam Trust mengambil kira data keseluruhan akaun Steam bagi memberikan nilai kepercayaan kepada akaun tersebut. Ini bermakna, ia akan menilai jumlah permainan yang dimiliki, jumlah pembelian, jumlah pengantungan bagi permainan dan pelbagai lagi.

Ini bermakna, nilai kepercayaan yang lebih tepat dapat diberikan kepada sesebuah akaun itu. Akaun yang memiliki 30 permainan dan pelbagai transaksi pembelian adalah lebih mudah untuk dipercayai berbanding dengan akaun yang hanya memiliki satu permainan sahaja. Seperti biasa, Steam turut menjanjikan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka di kedai permainan, Steam Chat, Steam TV, Steam Library dan Steam PC Cafe Program yang akan ditambahbaik, memberikan pengalaman bermainan di kafe siber yang lebih baik bagi pengguna Steam.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments