Dota 2

Ehome Bakal Ke Chongqing Selepas Takluk The Bucharest Minor

2 tahun lalu

Ehome Bakal Ke Chongqing Selepas Takluk The Bucharest Minor

Slot terakhir ke Kejohanan Dota 2 The Chongqing Major menjadi milik pasukan Ehome selepas pasukan ini menjulang gelaran juara bagi Kejohanan The Bucharest Minor.

Pasukan dari China itu mempamerkan prestasi memberansangkan selepas memenangi kesemua siri perlawanan mereka dan hanya tewas satu perlawanan sahaja. Di perlawanan akhir kejohanan, pasukan itu bertembung dengan pasukan Gambit Esports.

Di adakan dalam format terbaik dari 5 siri perlawanan, pasukan Gambit hanya berjaya mencuri satu perlawanan sahaja iaitu pada perlawanan keduamenjadikan siri tersebut berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada Ehome. Selain daripada slot terakhir ke The Chingqing Major, Ehome turut memperoleh hadiah wang tunai sebesar USD125,000 dan 120 mata kelayakan DPC.

Kemenangan pasukan Ehome ini juga memperlihatkan juara The International 2018, pasukan OG setakat ini gagal melayakkan diri ke sebarang kejohanan Major bagi musim ini. Selepas memutuskan untuk berehat bagi kejohanan major pertama iaitu The Kuala Lumpur Major, mereka kembali bertanding pada kejohanan The Bucharest Minor ini untuk mencari slot ke The Chongqing Major. Mereka bagaimanapun tewas dan tersingkir pada pasukan Ninjas in Pyjamas.

The Chongqing Major akan bermula pada 19 Januari ini dengan pasukan-pasukan terbaik Dota 2 bertanding merebut hadiah sebesar USD1 juta. Starladder juga baru-baru ini telah mengumumkan senarai personaliti yang akan melangsungkan acara tersebut.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments