Dota 2

Valve Reset Dan Gantung 17,000 Akaun Dota 2 Yang Terlibat Dengan Aktiviti Smurf Dan Boosting

2 tahun lalu

Valve Reset Dan Gantung 17,000 Akaun Dota 2 Yang Terlibat Dengan Aktiviti Smurf Dan Boosting

Kebelakangan ini banyak rungutan hadir daripada pemain berkaitan dengan lambakan akaun smurf di dalam perlawanan mereka. Oleh kerana aktiviti ini, perlawanan menjadi lebih sukar kerana mereka terpaksa berhadapan dengan pemain yang berskill tinggi.

Masalah ini juga mengganggu pengalaman bermain bagi pemain baharu terutamanya yang masih lagi belajar selok belok permainan namun terpaksa berhadapan dengan pemain veteran.

Valve akhirnya mengambil tindakan hari ini apabila mereka mendedahkan bahawa sebanyak 17,000 akaun telah direset semula kerana terlibat dengan aktiviti smurfing, boosting dan jual beli akaun. Ke semua akaun ini juga digantung daripada menyertai perlawanan ranked selama 5 tahun iaitu sehingga tahun 2024 kelak.

Diharapkan agar Valve dapat melakukan perkara seperti ini dengan lebih kerap agar persekitaran permainan yang adil dan menyeronokkan dapat dinikmati semua pemain. Ia juga mampu menarik lebih ramai pemain baharu untuk terus kekal mencuba untuk belajar dan memahami permainan tanpa perlu menghadapi kekalahan berterusan oleh pemain veteran.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments