Dota 2

Senarai Personaliti Bagi Kejohanan The Chongqing Major Diumumkan

3 tahun lalu

Senarai Personaliti Bagi Kejohanan The Chongqing Major Diumumkan

The Chongqing Major, kejohanan major kedua bagi Dota 2 Pro Circuit 2018-2019 akan bermula pada 19 Januari ini. Penganjur kejohanan tersebut, Starladder telah pun mendedahkan senarai personaliti yang bakal menjalankan acara tersebut.

Bagi personaliti siaran bahasa Inggeris, Richard ‘Richard’ Campbell bakal menjadi juruacara kejohanan. Beliau akan di temani beberapa pengalisis iaitu David ‘Godz’ Parker, Dominik ‘Lacoste’ Stipić, Alan ‘Nahaz’ Bester dan Dominic ‘Black^’ Reitmeier.

Senarai pengulas perlawanan pula adakah Gabriel ‘Lyrical’ Cruz, Ioannis ‘Fogged’ Loucas, Toby ‘Tobiwan’ Dawson dan Kyle ‘Kyle’ Freedman. Bagi tugas menemurah pula, ia disandang oleh Lawrence ‘Malystryx’ Phillips. The Chonging Major menawarkan hadiah keseluruh berjumlah USD1 juta dan 15,000 mata DPC.

Ia disertai oleh pasukan-pasukan ternama seperti Team Secret, Team Liquid dan Virtus Pro. Untuk rantau Asia Tenggara, pasukan Fnatic dan TNC Predator merupakan wakilnya.