League of Legends

Riot Games Dan Tencent Tubuh Syarikat Usaha Sama Tengjing Sports – Bakal Menguruskan LPL Sepenuhnya

2 tahun lalu

Riot Games Dan Tencent Tubuh Syarikat Usaha Sama Tengjing Sports – Bakal Menguruskan LPL Sepenuhnya

Sebuah syarikat usaha sama telah ditubuhkan oleh Tencent dan Riot Games bagi mengawalselia dan menguruskan operasi liga Tencent League of Legends Pro League (LPL) sepenuhnya. Syarikat baharu ini dinamakan sebagai Tengjing Sports & Culture Development (Shanghai) Co., Ltd.

Diumumkan di acara The League of Legends China Esports Summit di Hotel Shangri-La, Shanghai, China semalam, syarikat ini telah didaftarkan pada 4 Januari lalu dengan modal berdaftar sebesar 530 juta RMB (~RM 321,364,466). Naib Presiden Kanan Tencent Group, Xiaotong Ma telah dilantik menjadi pengerusi syarikat ini. Tiga sasaran utama dilaporkan bakal menjadi keutamaan Tengjing Sports iaitu memperoleh keuntungan mencapai 1 billion RMB, memperoleh 4 juta jam tontonan bagi LPL dan menjadi harta intelek sukan paling bernilai di China.

Oleh yang demikian, mereka akan memfokuskan kepada tiga aspek berikut bagi membolehkan ekosistem yang mampan dapat dihasilkan:

  • Menambahbaik peraturan LPL, peraturan pengurusan dan kompetitif, peraturan kerjasama perniagaan dan peraturan gaji dan pampasan.
  • Mengoptimumkan model perniagaan dengan mencipta mod permainan tuan rumah/lawan yang mampan dan meneroka idea berkaitan dengan kerjasama antara kelab/organisasi esukan bagi meningkatkan kecekapan dan keuntungan liga.
  • Melabur pada sistem pencarian bakat profesional, meningkatkan sistem latihan belia, menubuhkan sistem mentor dan memfokuskan kepada laluan pembangun kerjaya.

Sumber : VP Esports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments