League of Legends

League of Legends Memperkenalkan Sylas, Champion Terbaru Dengan Kebolehan Mencuri Ultimate Lawan

2 tahun lalu

League of Legends Memperkenalkan Sylas, Champion Terbaru Dengan Kebolehan Mencuri Ultimate Lawan

Dari dirantai di penjara, champion terbaru permainan League of Legends kini hadir membawakan sebuah revolusi baharu. Digelar Sylas The Unshackled, pahlawan terbaru ini hadir dengan abiliti mencuri ultimate lawannya.

Seperti mana peribudayanya, model Sylas dilengkapi dengan rantai di kedua-dua tangannya. Abiliti-abiliti beliau akan turut berinteraksi menggunakan rantai ini. Sylas hadir dengan abiliti pasif (P) “Petricide Burst” yang menyebabkan serangan biasa beliau menyerang kesemua musuh di sekitarnya sejurus beliau menggunakan mantera.

Bagi mantera pertama beliau pula “Chain Lash” (Q), Sylas melempar rantai beliau, mencederakan musuh dan memperlahankan pergerakan mereka. Mantera kedua, “Kingslayer” (W) pula membolehkan Sylas melontarkan diri beliau ke arah musuh mencederakan mereka dan menyembuhkan diri beliau sendiri. Nilai kecederaan dan penyembuhan ini bergantung kepada keadaan musuh dan Sylas itu sendiri. Jika musuh mempunyai sedikit nyawa, jumlah kecederaan yang akan dikenakan meningkat manakala sekiranya jumlah nyawa Sylas sedikit, jumlah penyembuhan yang akan meningkat.

Abiliti ketiga Sylas pula digelar sebagai “Abscond/Abduct” (E) dimana apabila ia diaktifkan, Sylas boleh melompat sedikit ke hadapan dan memberikan dirinya perisai untuk sementara waktu. Bagi tempoh masa terhad, abiliti ini boleh diaktifkan sekali lagi menyebabkan rantai beliau dilontar ke arah musuh, mencedera dan memegun musuh dan menarik diri beliau ke arah musuh itu.

“Hijack” (R), ultimate bagi Sylas merupakan mekanik baharu bagi permainan ini membolehkan Sylas mencuri ultimate lawannya. Abiliti ini mempunyai masa aktif semula tersendiri dan tidak boleh digunakan pada lawan yang sama buat sementara waktu. Pihak lawan yang dicuri juga kekal boleh mengunakan ultimate mereka seperti biasa.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments