Esukan

Esports Malaysia Akan Kuatkuasakan Senarai Pengantungan Pemain – Wujud Panduan Dan Peraturan Rasmi Esukan Negara

2 tahun lalu

Esports Malaysia Akan Kuatkuasakan Senarai Pengantungan Pemain – Wujud Panduan Dan Peraturan Rasmi Esukan Negara

Baru-baru ini seorang pemain kompetitif tempatan bagi permainan Counter Strike : Global Offensive telah ditangkap menggunakan aplikasi penipuan semasa bermain di pelayan tempatan yang juga disiarkan strim kepada umum. Admin pelayan tersebut telah pun menhukum pemain tersebut dengan pengantungan selama dua tahun.

Komuniti CSGO Malaysia kemudiannya mengemukakan aduan terhadap Esports Malaysia (ESM) berkaitan dengan isu tersebut selaku badan rasmi esukan di negara ini. Oleh yang demikian, ESM kini mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan senarai khas bagi kes pengantungan pemain esukan profesional di Malaysia.

Senarai ini akan digunakan dan dikuatkuasan kepada semua jenis judul esukan. Senarai pemain ini juga akan dikongsikan kepada Majlis Sukan Negara. Selain daripada itu, ESM juga akan memulakan kerja untuk mencipta dokumen panduan, tatacara dan peraturan esukan rasmi untuk kegunaan di negara ini.

Sebuah ahli jawatankuasa khas juga akan diwujudkan bagi setiap permainan untuk mengawal selia kesejahteraan sesebuah permainan tersebut. ESM menyatakan bahawa mereka akan memilih ahli yang dihormati komuniti untuk menyandang jawatan ini. Deraf pertama pembentukan ahli jawatankuasa ini dijangka akan disiapkan pada bulan Februari 2019 ini.

Sekiranya terdapat kes baharu berkaitan dengan salah laku pemain kelak, dokumen panduan dan peraturan rasmi ini akan dijadikan rujukan bagi menentukan hukuman terhadap pemain tersebut. ESM juga akan memastikan peraturan dan panduan ini menerima pengesahan daripada Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan untuk dikuatkuasakan secara rasmi.

Sumber : Esports Malaysia

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments