Esukan Pasaran Permainan

Arena Esukan Asia Tenggara Diramal Terus Berkembang Pesat Bagi Tahun 2019

2 tahun lalu

Arena Esukan Asia Tenggara Diramal Terus Berkembang Pesat Bagi Tahun 2019

Syarikat penyelidikan data analitik memfokuskan kepada permainan dan esukan, Newzoo baru-baru ini telah menerbitkan ramalan mereka berkaitan dengan industri bagi tahun 2019.

Di dalam penerbitan ini mereka telah menyentuh beberapa trend berkaitan dengan esukan seperti lebih banyak penglibatan atlet esukan di dalam kempen pemasaran jenama untuk tahun 2019 ini. Pada tahun 2018 lalu, beberapa atlet esukan terkemuka telah ditaja untuk melibatkan diri di dalam kempen pemasaran jenama popular seperti pemain League of Legends Jian “Uzi” Zi-Hao yang muncul di dalam iklan “Dribble &” untuk Nike di China bersama-sama dengan pemain bola keranjang popular LeBron James.

Perkembangan esukan yang semakin diterima umum dijangka akan menyebabkan lebih banyak jenama memilih atlet esukan sebagai model mereka bagi menarik perhatian belia masa kini. Menyentuh berkaitan dengan esukan di Asia Tenggara pula, Newzoo meramalkan bahawa rantau esukan paling pantas membangun ini akan menerima jumlah khalayak esukan mencapai 31.9 juta pada tahun 2019 ini.

Dengan penambahan masuk esukan ke dalam temasya Sukan Asia Tenggara dan penglibatan banyak jenama dan syarikat korporat ke dalam industri, Newzoo meramalkan lebih banyak pengumuman tentang penubuhan liga dan kejohanan esukan akan diadakan pada tahun ini.

Sumber : Newzoo

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments