Esukan

Sebuah Lagi Sekolah Di Terengganu Bakal Menubuhkan Kelab Esukan

2 tahun lalu

Sebuah Lagi Sekolah Di Terengganu Bakal Menubuhkan Kelab Esukan

Beberapa hari lepas Esports Malaysia Terengganu (ESM Terengganu) telah mendedahkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama dengan Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Dengan kerjasama ini, mereka bakal membimbing kelab esukan sekolah tersebut dalam pelbagai perkara berkaitan esukan.

Terkini, sebuah lagi sekolah di Terengganu diumumkan bakal terjun ke dalam dunia esukan iaitu SMK Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu. Mereka telah menerima usul daripada Ikan Masin Studio E-Sport untuk menubuhkan kelab esukan di sekolah tersebut. Acara esukan juga akan ditambah masuk secara rasmi ke dalam liga sukan sekolah tersebut.

Ikan Masin Studio merupakan sebuah kelab/pasukan esukan yang ditubuhkan di Terengganu dengan misi mempromosikan esukan sihat kepada masyarakat. Mereka juga ada menganjurkan kejohanan-kejohanan kecil bagi kawasan kejiranan mereka. Dengan kerjasama ini, mereka berharap agar mencari bakat baharu dan membimbing mereka ke arah dunia esukan profesional.

Sumber : ESM Terengganu / Ikan Masin Studio E-sport

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments