Fortnite

Kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia 2019 Bakal Menyertakan Pertandingan Fortnite

2 tahun lalu

Kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia 2019 Bakal Menyertakan Pertandingan Fortnite

Salah sebuah daripada empat kejohanan utama bagi sukan tenis, Terbuka Australia 2019 (Australian Open) buat julung kalinya bakal menyertakan sebuah pertandingan Fortnite di acara tersebut.

Digelar sebagai Fortnite Summer Smash, pertandingan ini hanya terbuka bagi rakyat Australia sahaja dan bakal berlangsung sehari sebelum hari terakhir kejohanan Terbuka Australia iaitu pada 26 Januari ini.

Ia akan berlangsung di Margaret Court Arena menawaran hadiah sebesar 500,000 dolar Australia. Berikut adalah jadual pembahagian hadiah:

  • Juara : $100,000
  • 2 – 3 : $50,000
  • 4 – 6 : $25,000
  • 7 – 10 : $5,000
  • 11 -15 : $3,000
  • 16 – 20 : $2,000
  • 21 – 100 : $1,000

Selain daripada pertandingan utama ini, sebuah pertandingan amal akan turu diadakan dengan penyertaan daripada personaliti gaming dari Australia menawarkan hadiah sebesar 80,000 dolar Australia yang akan didermakan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.

Penglibatan acara esukan kedalam kejohanan sukan tradisional seperti Terbuka Australia ini dan seperti Sukan SEA 2019 kelak memperlihatkan bahawa esukan semakin diterima umum dan tidak lagi dipandang negatif. Penglibatan esukan di dalam acara seperti ini dapat membantu industri ini diperkenalkan kepada ramai pihak terutamanya golongan tua dan membuka mata mereka tentang kebaikan dan kelebihannya.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments