Overwatch Contenders

Overwatch Contenders – Kontroversi Identiti Palsu Ellie, Eksperimen Sosial?

2 tahun lalu

Overwatch Contenders – Kontroversi Identiti Palsu Ellie, Eksperimen Sosial?

Kontroversi telah melanda pasukan Second Wind yang bertanding di liga Overwatch Contender di Amerika Utara apabila pemain wanita yang ditandatangani mereka pada penghujung tahun lalu didedahkan menggunakan identiti palsu.

Pada penghujung bulan Disember lalu, pasukan Second Wind mendedahkan mereka telah menandatangi seorang pemain wanita bernama Ellie. Tidak lama selepas ia diumumkan ramai pihak mulai menyoal kewujudan Ellie terutamanya apabila beliau boleh dikatakan muncul secara tiba-tiba dan mempunyai statistik permainan yang agak mengagumkan bagi tempoh masa yang singkat. Apabila perkara ini menjadi semakin serius, Second Wind mengumumkan bahawa Ellie telah mengundurkan diri daripada pasukan pada 2 Januari lalu.

Tiba hari ini, Ellie akhirnya disahkan sebagai penyamaran dan watak sebenar diseblik identiti tersebut didedahkan. Menurut laporan, Ellie adalah gadis berusia 17 tahun yang meminjamkan identiti beliau kepada Punisher, seorang pemain yang berada di kedudukan 500 terbaik di papan pendahulu permainan Overwatch. Punisher merupakan pemain sebenar yang menggunakan identiti Ellie untuk penipuan ini.

Motif sebenar di sebalik tindakan mereka ini masih lagi belum jelas dengan beberapa khabar angin seperti ianya adalah eksperimen sosial telah bertebaran. Pihak Second Wind juga telah mengeluarkan kenyataan mereka berkaitan isu ini. Second Wind menyatakan mereka tidak tahu akan penipuan ini dan meminta maaf kepada komuniti kerana terbar-buru merekrut pemain tanpa pemeriksaan teliti. Pihak Blizzard juga telah mulai melakukan siasatan terhadap perkara ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments