CSGO

Selepas Jadi Percuma, Jumlah Pemain CSGO Meningkat Sekali Ganda Pada Bulan Disember Lalu

3 tahun lalu

Selepas Jadi Percuma, Jumlah Pemain CSGO Meningkat Sekali Ganda Pada Bulan Disember Lalu

Selepas Valve menukar permainan Counter Strike : Global Offensive daripada berbayar kepada percuma untuk dimainkan pada bulan Disember 2018 lalu, jumlah pemain permainan itu meningkat mendadak sekali ganda dari kebiasaannya.

Sebelum menjadi percuma, permainan fps popular itu kebiasaanya memperoleh jumlah pemain unik sekitar 10 sehingga 11 juta orang setiap bulan. Namun begitu, pada bulan Disember lalu, jumlah tersebut kini telah melebihi angka 20,535,709 pemain unik.

Selain daripada pertukaran modal bisnes ini juga, pengenalan mod permainan Battle Royale tersendiri mereka iaitu Danger Zone juga telah menarik minat pemain lama untuk kembali bermain permainan tersebut. Namun begitu, masih terlalu awal untuk melihat sama ada jumlah pemain ini dapat dikekalkan atau tidak.