Esukan

Esports Malaysia Terengganu Jalin Kerjasama Dengan Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu

2 tahun lalu

Esports Malaysia Terengganu Jalin Kerjasama Dengan Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu

Arena esukan tempatan di Malaysia semakin pantas bergerak dengan pelbagai usaha membangunkan industri ini dijalankan. Selain daripada penubuhan hab esukan di serata Malaysia, usaha pembangunan ini juga difokuskan kepada golongan belia yang merupakan golongan sasar utama industri ini.

Di Malaysia, pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta telah pun sedia ada mempunyai kelab esukan masing-masing. Mereka aktif menyertai pelbagai aktiviti berkaitan esukan dan turut mempunyai Persatuan Esukan Varsiti (Varsity Esports Association) bagi menyatukan aktiviti mereka di peringkat kebangsaan.

Bagi peringkat remaja pula, suara-suara mencadangkan agar esukan ditambah masuk sebagai subjek di sekolah telah pun diusulkan pada tahun lalu. Terkini, Esports Malaysia Terengganu (ESM Terengganu) dilihat bakal menerajui usaha di peringkat sekolah ini apabila mereka mengumumkan kerjasama dengan Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu.

SM Sains Hulu Terengganu telah pun menubuhkan kelab esukan tersendiri mereka dan akan meminjam kepakaran dan ilmu daripada ESM Terengganu bagi membimbing mereka. Piha ESM Terengganu akan memberikan khidmat nasihat dalam pelbagai aspek berkaitan esukan termasuklah dari segi pemain, permainan dan juga aspek keusahawanan.

Sumber :ESM Terengganu

Bimbingan dari pihak yang lebih pakar ini juga akan memastikan bahawa usaha menubuhkan kelab esukan di sekolah ini tidak akan tersasar dan sekadar membuang masa pelajar. Ilmu yang dimiliki oleh ESM Terengganu dapat digunakan untuk memastikan kelab ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengajar setiap ahli kelab akan selok belok sebenar dunia esukan dan manfaatnya. Semoga kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi penubuhan kelab esukan di sekolah di seluruh Malaysia.

Sumber : ESM Terengganu

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments