Mobile Legends

Slot Jemputan Terakhir MPL Musim Ke-3 Milik GeekFam

2 tahun lalu

Slot Jemputan Terakhir MPL Musim Ke-3 Milik GeekFam

Pada bulan Disember 2018 yang lalu, salah sebuah pasukan jemputan bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG iaitu Mystic telah mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan slot jemputan mereka kerana kehilangan tiga orang pemain.

Mystic melalui laman Facebook mereka menyatakan bahawa Mohd Haqqani “2ez4jepv” Jaffar, Mohd Zul Hisham “Xorn” Mohd Noor dan Nik Aqieff “Dominus” Nik Muhd Muhyyiddin telah meninggalkan pasukan tersebut akibat masalah dalaman yang dihadapi mereka.

Namun begitu, GeekFam iaitu penaja bagi pasukan dan ketiga-tiga orang pemain tersebut kemudiannya mengeluarkan kenyataan balas mereka menyatakan bahawa keputusan menarik diri tersebut adalah tindakan tersendiri pengurus pasukan tanpa persetujuan dari GeekFam. Mereka berkata bahawa masalah bermula apabila pemain kehilangan kepercayaan kepada pengurus yang didakwa gagal membayar wang pemain dan tidak menyampaikan tawaran penyambungan kontrak oleh GeekFam.

Lanjutan daripada kes ini, ketiga-tiga orang bekas pemain Mystic tersebut kekal meneruskan kontrak mereka untuk berada di bawah naungan GeekFam bersama dengan pemain baharu. Mereka juga telah mengesahkan bahawa slot jemputan terakhir menjadi milik GeekFam yang memiliki tiga orang pemain asal dari musim terdahulu.

Sumber : GeekFam

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments