Esukan

Putrajaya Impi Jadi Hab Esukan Menjelang Pertengahan Tahun 2019

2 tahun lalu

Putrajaya Impi Jadi Hab Esukan Menjelang Pertengahan Tahun 2019

Selari dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab esukan, Perbadanan Putrajaya (PPj) kini turut serta dengan impian tersebut apabila mengumumkan bahawa mereka mahu menjadi hab esukan negara menjelang pertengahan tahun ini.

Menurut laporan NST, sewaktu majlis penutupan Light and Motion Festival di Putrajaya tempoh hari, presiden PPj iaitu Datuk Dr Aminuddin Hassim telah menyatakan bahawa mereka merancang untuk menubuhkan beberapa hab belia di bandar tersebut yang bukan sahaja memfokuskan kepada esukan malah teknologi secara keseluruhannya.

PPj juga telah mengadakan pertemuan dengan rakan industri esukan bagi mencai lokasi yang bersesuai dengan projek tersebut. Salah satu lokasi yang telah dikenal pasti ialah Putrajaya Challenge Park. Pusat-pusat esukan ini akan dijadikan fokus bagi pembangunan belia dengan memberi latihan termasuklah di dalam bidang teknologi seperti pengaturacaraan.

Datuk Dr Aminuddin Hassim juga berkata bahawa mereka mahu mengubah tanggapan umum yang melihat Putrajaya sebagai bandar pentadbiran sahaja. Dengan wujudnya hab esukan ini kelak, golongan belia sendiri akan diberikan keutamaan dalam menguruskan sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan.

Sumber : New Straits Times

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments