Dota 2

Dota 2 Dengan Grafik Low Poly?

2 tahun lalu

Dota 2 Dengan Grafik Low Poly?

Dengan teknologi yang berkembang pesat, banyak permainan moden mempunyai rekaan grafik ultra-nyata menjadikan pengalaman bermain yang lebih menyeluruh dan mengasyikkan. Namun begitu, grafik rekaan ringkas seperti low poly juga bukanlah sesuatu yang asing malah mempunyai peminat mereka tersendiri.

Seperti permainan Half Life yang dimodenkan semula oleh para peminat dengan menggunakan enjin grafik baharu, pernahkah anda membayangkan bagaimana jika permainan kegemaran anda mempunyai rekaan konsep grafik yang berlainan?

Jika anda bermain permainan Dota 2, anda bernasib baik kerana seorang peminat telah menghasilkan arena pertempuran Dota 2 dengan rekaan grafik low poly, membawakan pengalaman bermain yang unik kepada permainan popular itu.

Markiian Mocherad telah menghasilkan peta ini menggunakan aset daripada SyntysStudio. Walaubagaimanapun, memandangkan Dota 2 Workshop tidak membenarkan pereka menghantar rekaan peta permainan untuk dimasukkan kedalam permainan secara rasmi, peta low poly ini hanya boleh dimainkan pada mod permainan arked sahaja dan tidak boleh dimainkan pada mod permainan normal mahupun ranked. Bagi anda yang berminat untuk memainkannya, ikuti langkah dibawah ini untuk mengaksesnya.

  1. Layari laman Dota 2 Workshop Low Poly Map.
  2. Klik pada butang “Subscribe” untuk memuat-turun peta tersebut.
  3. Selepas itu, anda boleh memainkannya pada klien Dota 2 di bahagian “Custom Game” di tab “Arcade”.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments