Overwatch Contenders

Penonton Perlu Memaut Akaun Battle.net Untuk Sertai Chat Di Saluran Twitch Overwatch Contender

3 tahun lalu

Penonton Perlu Memaut Akaun Battle.net Untuk Sertai Chat Di Saluran Twitch Overwatch Contender

Blizzard sudah sedia terkenal dengan peraturan ketat mereka terhadap tingkahlaku para pemain profesional dan arena esukan mereka secara keseluruhannya.

Awal tahun ini, bekas pemain pasukan Dallas Fuel di Liga Overwatch, Félix “xQc” Lengyel telah didenda kerana menggunakan emote Trihard 7 di laman penstriman Twitch. Ini adalah kerana emote tersebut sering disalahguna sebagai rujukan kepada isu perkauman.

Blizzard juga telah mengarahkan pemain pasukan San Francisco Shock, Jay”sinatraa’ Won memadamkan sebuah tweet beliau kerana mengandungi gambar Pepe The Frog selepas gambar meme popular tersebut digunakan oleh parti politik haluan kanan di Amerika Syarikat. Ini memperlihatkan bahawa Blizzard bersungguh mahu menghalang sebarang unsur negatif dikaitan dengan arena esukan mereka.

Dalam perkembangan terbaru, Blizzard kini akan melaksanakan ujian khas di pusingan suku akhir Overwatch Contender Musim Ke-3 iaitu program kawalan chat baharu di saluran Twitch mereka. Melalui program baharu ini, para penonton yang mahu menyertai chat di saluran Overwatch Contender perlu memaut akaun Battle.net mereka sebelum dibenarkan menyertainya.

Ruang chat di laman Twitch amat terkenal dengan unsur negatif dan ketoksikannya. Oleh kerana ia bersifat lebih anonim, ramai pihak menngunakan kesempatan ini untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan negatif lainnya. Dengan program baharu ini, penonton pastinya akan lebih beradab kerana kini akaun Battle.net mereka mungkin akan dikenakan hukuman pengantungan sekiranya mereka berkelakuan teruk di saluran chat tersebut.

Jika ujian ini berakhir dengan kejayaan, mungkin kita akan melihat ia dikembangkan ke saluran Liga Overwatch yang lebih popular berbanding dengan Overwatch Contenders.