Dota 2

Valve Kongsi Video Acah True Sight : TI 2018 Finals – Akan Ditayangkan Pada 15 Januari

2 tahun lalu

Valve Kongsi Video Acah True Sight : TI 2018 Finals – Akan Ditayangkan Pada 15 Januari

Ikuti pertembungan di antara pasukan OG dan PSG.LGD di pentas akhir kejohanan The International 2018 menerusi edisi terbaru siri dokumentari True Sight oleh Valve.

True Sight : The International 2018 Finals akan menceritakan segala perincian di sebalik latar mengenai perjalanan pasukan juara, OG menghadapi perlawanan terakhir mereka sebelum berjaya menjulang Aegis of Champions.

Berbeza dengan tahun sebelum ini, edisi kali ini akan mempunyai tayangan perdana dimana ia akan disiarkan di Nordisk Film Cinema Palads di Copenhagen, Denmark. Tayangan perdana ini akan dihadiri oleh pasukan OG dan para peminat yang berminat boleh membeli tiket bermula pada 25 Disember ini.

Sebuah acara soal jawab juga akan diadakan bersama dengan pasukan OG sejurus selesai tayang perdana tersebut. Kedua-dua tayang perdana dan sesi soal jawab ini juga akan disiarkan secara langsung di dalam talian bagi peminat antarabangsa. Maklumat lanjut berkaitan dengan acara ini dikongsikan pada masa terdekat.