Artifact

Kemaskini Terbaru Artifact Membawakan Sistem Kemajuan, Rating Skill Dan Imbangan Kad

2 tahun lalu

Kemaskini Terbaru Artifact Membawakan Sistem Kemajuan, Rating Skill Dan Imbangan Kad

Seminggu yang lalu Valve menjanjikan kemaskini bagi Artifact dengan fokus kepada sistem kemajuan untuk pemain. Kemaskini itu tiba hari ini membawakan pelbagai permintaan komuniti.

Semenjak dilancarkan tempoh hari, Artifact terus kehilangan pemain dengan kebanyakkan dari mereka menyatakan bahawa kekurangan habuan dan sistem kemajuan menyebabkan permainan ini tidak menarik untuk dimainkan. Oleh sebab itu, pada kemaskini yang digelar sebagai “Build Your Legend” ini, Valve memperkenalkan sistem kemajuan baharu dimana ia bukan sahaja menjejak kemajuan pemain, namun juga memberikan hadiah.

Setiap perlawanan kini akan memberikan pemain mata pengalaman (XP) yang akan digunakan untuk sistem kemajuan profil masing-masing. Selepas mencapai tahap tertentu, pemain akan menerima ganjaran ikon khas, pek kad dan tiket acara. Mata pengalaman juga boleh diperoleh melalui bonus mingguan dan juga bonus corak permainan.

Pemain juga kini boleh bermain dengan lebih kompetitif dengan pengenalan kepada sistem rating skill (MMR). Rating ini adalah berbeza dan tersendiri bagi mod permainan constructed dan draf. Usai mencapai tahap tertentu, ia akan kekal sehinggalah tamat musim. Untuk musim baharu, pemain akan kembali bermula semula kepada tahap asas.

Akhir sekali, berbeza dengan pegangan mereka sebelum ini yang tidak mahu mengimbangkan semula kad, pembangun permainan Artifact membawa kejutan dengan melakukannya pada kemaskini ini. Menurut mereka, selepas berbincang secara mendalam, mereka sedar bahawa Artifact adalah berbeza dengan permainan kad lainnya dan perubahan adalah perlu bagi membolehkan corak permainan dan permainan menjadi lebih menarik.

Bersama dengan perubahan imbangan kad ini juga, oleh kerana nilai kad akan berubah, Artifact akan memberikan tempoh masa khas selama dua minggu bagi pemain menjual semula kad mereka yang dibeli di pasaran yang telah menerima penguahsuaian pada kemaskini ini. Kad-kad ini akan dibeli semula oleh Valve pada harga asal tertinggi dalam tempoh masa 24 jam sebelum kemaskini ini tiba.

Kad yang menerima perubahan pada kemaskini ini adalah Axe, Lion, Cheating Death, Timbersaw, Outworld Devourer, Jasper Daggers dan Drow Ranger. Alive gaem?

Layari : Artifact – Build Your Legend

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments