Esukan

5 Permainan Esukan Rasmi Yang Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2019 Didedahkan

2 tahun lalu

5 Permainan Esukan Rasmi Yang Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2019 Didedahkan

Selepas beberapa khabar angin muncul tempoh hari, Razer selaku rakan kerjasama Sukan SEA 2019 hari ini telah berkongsikan 5 dari 6 permainan yang akan dipertandingkan sebagai acara berpingat pada temasya sukan tersebut.

Berikut adalah senarai tersebut:

PC

  • Dota 2
  • Starcraft II

Mudah Alih

  • Arena of Valor
  • Mobile Legends Bang Bang

Konsol

  • Tekken 7
  • TBA (Belum Diumumkan)

Sebuah lagi permainan untuk konsol masih lagi belum diuumumkan pada ketika ini. Jika menurut khabar angin yang bertebaran, permainan terakhir yang akan dmasukkan adalah permainan NBA2K. Oleh kerana ia memerlukan pengesahan dan kelulusan, sama ada ia akan termasuk ke dalam senarai akhir masih lagi belum disahkan.

Selain daripada 6 acara berpingat ini, sebuah acara demonstrai esukan juga dikhabarkan bakal diadakan di temasya Sukan Asia Tenggara ke-30 ini. Di Malaysia, proses mencari wakil bagi acara-acara ini akan dikendalikan oleh Persatuan Esukan Malaysia (Esports Malaysia ESM). Dengan pengumunan rasmi ini, sama-sama kita nantikan perincian mengenai proses kelayakannya kelak.

Sukan Asia Tenggara Ke-20 akan bermula pada 30 November sehingga 10 Disember 2019 kelak di tiga bandar utama di Filipina iaitu Metro Manila, Subic dan Clark Green City.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments