Esukan

MESPA Umum Jawatankuasa Sementara Persatuan Menjelang Penubuhan Rasmi

2 tahun lalu

MESPA Umum Jawatankuasa Sementara Persatuan Menjelang Penubuhan Rasmi

Beberapa hari lalu Persatuan Pemain Esukan Malaysia (Malaysia Esports Players Association – MESPA) diumumkan bakal ditubuhkan tidak lama lagi dengan misi membantu pemain esukan di Malaysia melindungi hak-hak mereka.

Sebuah mesyuarat telah diadakan pada 19 Disember lalu bagi melantik ahli jawatankuasa sementara persatuan tersebut untuk menerajui usaha menjadikan ia sebagai persatuan rasmi. Usai selesai mesyuarat tersebut, berikut adalah senarai ahli jawatankuasa sementara MESPA:

  • Presiden – Lim “Shige” Boon Shin (Pemain Profesional FIFA)
  • Naib Presiden – Tiffani “Babyoling” Lim (Pemain Profesional Dota 2)
  • Setiausaha Umum – Mohd Haqqani “2ez4jepv” Jaffar (Pemain Profesional MLBB)
  • Bendahari – Kimberly “Kimberry” Chan (Pemain Profesional Dota 2/PUBG)
  • Ahli Jawatankuasa :
    • Dawei “Xero” Teng (Bekas Pemain Profesional Dota 2)
    • Ahmad “ADTR” Syazwan (Bekas Pemain/Jurulatih Dota 2)
    • Aiman “aimaNNN” Azham (Pemain CSGO Profesional)

Sumber : Firdaus “Master Ramen” Hashim

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments