Dota 2

MDL Macau 2019 Diumumkan – VP Dan PSG.LGD Adalah Pasukan Jemputan Pertama

2 tahun lalu

MDL Macau 2019 Diumumkan – VP Dan PSG.LGD Adalah Pasukan Jemputan Pertama

Mars Dota 2 League akan kembali ke Kota Vegas Asia. Mars Media, penganjur kepada Mars Dota 2 League telah mengumumkan bahawa untuk tahun 2019 kelak, ia bakal kembali diadakan di Macau, China.

MDL 2019 Macau akan berlangsung pada 20 sehingga 24 Februari depan sebagai kejohanan diluar siri Dota 2 Pro Circuit. Menawarkan hadiah sebesar USD300,000, dua pasukan telah didedahkan sebagai pasukan jemputan iaitu pasukan PSG.LGD dan Virtus.Pro.

Perincian lanjut dan baki pasukan jemputan akan didedahkan pada minggu-minggu mendatang. Untuk makluman, kejohanan ini bakal berlangsung serentak dengan kejohanan ESL Katowice. Oleh yang demikian, pasukan yang telah mengesahkan kehadiran di kejohanan ESL tidak akan menghadiri kejohanan ini.

Pasukan-pasukan tersebut adalah Secret, NiP, OG, Alliance, Fnatic, TNC, Forward Gaming, Complexity, Pain Gaming, Team Aster dan Gambit. Oleh sebab itu, pasukan yang dijangka akan menyertai MDL Macau adalah Team Liquid, Evil Geniuses dan J.Storm.