Dota 2, NBA2K, Tekken 7 Antara Yang Dikhabarkan Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2019

Dota 2, NBA2K, Tekken 7 Antara Yang Dikhabarkan Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2019

Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games 2019) tempoh hari telah pun mengesahkan bahawa mereka akan menyertakan 6 acara berpingat bagi esukan. Pada masa yang sama, permainan Mobile Legends Bang Bang juga diumumkan sebagai permainan pertama yang akan dipertandingkan dengan baki permainan lain akan diumumkan selepas senarai akhir acara di tentukan pada 15 Disember 2018.

Kini, beberapa laporan berkaitan dengan senarai permainan tersebut telah hadir. Laman berita The Philippine Star melaporkan bahawa pengerusi Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC), Abraham Tolentino telah mengesahkan senarai acara yang akan dipertandingkan pada edisi ke-30 Sukan Asia Tenggara itu. Menurut laporan itu, 4 acara akan dipertandingkan bagi kategori lelaki dan 2 acara bagi wanita iaitu:

Lelaki

  • Dota 2
  • Hearthstone
  • Tekken 7
  • NBA2K

Wanita

  • Dota 2
  • Hearthstone

Walaupun memetik pengerusi Jawatankuasa Olimpik Filipina sebagai sumber mereka, laporan ini bertentangan dengan pengumuman sebelum ini yang meletakkan permainan Mobile Legends sebagai permainan rasmi. Sementara itu, sebuah lagi laman berita iaitu Bola.com pula memetik Straits Times, melaporkan bahawa 6 acara yang akan dipertandingkan adalah :

Konsol

  • NBA2K
  • Tekken 7

PC

  • Dota 2
  • Starcraft II

Mudah Alih

  • Mobile Legends Bang Bang
  • Arena of Valor

Menurut Bola.com, senarai ini telah pun disahkan oleh Persatuan Esukan Indonesia (IeSPA). Dengan laporan yang saling bercanggah ini, pengesahan senarai rasmi hanya dapat ditentukan selepas pihak penganjur mengumumkannya kelak.

Memandangkan esukan melibatkan pihak ketiga iaitu pembangun permainan dan pengedar rasmi permainan, kelulusan dari semua pihak perlu diperoleh sebelum ia disenaraikan sebagai acara akhir yang akan dipertandingkan. Jangan risau kerana apabila senarai akhir tersebut diumumkan kelak, akan kami kongsikan di laman blog ini.

Sumber : The Philippine Star, Bola.com

Leave a Comment