Dota 2

Arcana Rubick : Magus Cypher Tiba Bersama Dengan Kemaskini The Frosthaven

3 tahun lalu

Arcana Rubick : Magus Cypher Tiba Bersama Dengan Kemaskini The Frosthaven

Selepas menewaskan Faceless Void bagi undian arcana untuk kejohanan The International 2018, Rubick akhirnya memperoleh kostum bertaraf arcananya tersendiri hari ini yang hadir bersama dengan kemaskini The Frosthaven.

Digelar sebagai Magus Cyper, arcana ini datang dengan pelbagai efek khas terutamanya efek mantera unik iaitu sebanyak 115 efek. Memandangkan Rubick mempunyai kebolehan untuk mencuri mantera hero lainnya di dalam permainan Dota 2, para pembangun permainan ini telah mencipta efek khas bertemakan kiub mantera-mantera tersebut.

Apabila 115 mantera ini dicuri oleh rubick, apabila ia digunakannya, ia akan bertukar kepada warna hijau iaitu warna tema Rubick dan juga berubah kepada stail kiub. Semasa mencuri mantera ini juga Rubick akan mencuri warna tema hero tersebut dan memaparkannya pada jubah beliau.

Namun begitu, mantera-mantera ini perlu dinyahkuncikan melalui  sistem kemajuan yang di datangkan bersama dengan arcana ini dimana pemain perlu memenangi perlawanan bersama dengan arcana ini untuk mendapatkan efek seterusnya. Selain daripada efek-efek mantera ini, Magus Cyper juga hadir dengan efek bunyi khas, model yang diperbaharui, emoji, potrait dan animasi baharu. Arcana Magus Cyper ini boleh dibeli di dalam klien permainan pada harga RM145.00.

Bagi Frosthaven pula, acara khas untuk sambutan Frostivus ini membawakan cabaran baru kepada peminat bersempena dengan musim sejuk ketika ini. Acara ini akan berlangsung bermula pada hari ini sehinggalah 3 Januari kelak. Di dalam acara ini, pemain perlu melindungi pokok purba daripada serangan musuh. 

Setiap pusingan yang berjaya dilepasi akan memebrikan pemain mata yang boleh digunakan untuk menebus hadiah, item guna habis dan efek bunyi chat wheel. Pemain juga berpeluang untuk memenangi item kurier Immortal Gingerbread Baby Roshan di dalam acara ini.