Esukan Tempatan

Persatuan Pemain Esukan Malaysia (MESPA) Bakal Ditubuhkan Untuk Lindungi Hak Pemain

2 tahun lalu

Persatuan Pemain Esukan Malaysia (MESPA) Bakal Ditubuhkan Untuk Lindungi Hak Pemain

Industri esukan berkembang dengan pesat beberapa tahun kebelakangan ini dan ramai pihak mulai melibatkan diri mereka ke dalam arena ini. Namun begitu, kepesatan ini juga membawakan satu masalah baru iaitu kemunculan pihak yang cuba mengeksploitasi perkara ini untuk mencari keuntungan pantas kepada diri mereka.

Hal ini termasuklah mereka yang menandatangai bakat baharu dengan kontrak berat sebelah, mencuri wang kemenangan pasukan dan sebagainya. Oleh kerana tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini, ramai pemain yang cuba untuk menjadi pemain profesional terpaksa melupakan hasrat mereka kerana diperdaya pihak-pihak ini.

Ini menyebabkan beberapa kesatuan dan persatuan telah ditubuhkan pada tahun ini bagi membantu pemain melindungi hak mereka. Di United Kingdom, Kesatuan Pekerja Industri Permainan (GWU UK) telah ditubuhkan baru-baru ini. Di Amerika Utara pula, diketuai oleh personaliti e-sukan veteran, Scott “SirScoots” Smith, organisasi Danish Elite Athletes Association dan sekumpulan pemain profesional CSGO, Persatuan Pemain Profesional CSGO (Counter-Strike Professional Players’ Association) telah ditubuhkan pada awal tahun ini.

Kesatuan-kesatuan ini telah ditubuhkan bagi melindungi hak pemain dan membantu mereka dalam hal seperti kontrak, nasihat undang-undang dan membantu pemain esukan yang kebanyakanya masih mudah dan kekurang ilmu berkaitan hal undang-undang. Malaysia nampaknya juga akan turut serta dalam usaha melindungi hak pemain apabila Persatuan Pemain Esukan Malaysia (Malaysia Esports Players Association – MESPA) diumumkan bakal dimulakan tidak lama lagi.

Perjumpaan pertama akan diadakan pada 19 Disember ini bertempat di pusat esukan The Pantheon. Setakat ini tidak banyak maklumat dikongsikan berkaitan dengan penubuhan persatuan ini. Selepas berakhirnya perjumpaan pertama itu kelak, mungkin lebih banyak preincian akan hadir berkaitannya.

Sumber : Firdaus “Master Ramen” Hashim

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments