Mobile Legends

Mystic Lepas Slot MPL Musim Ke-3 Selepas Kehilangan 3 Pemain

2 tahun lalu

Mystic Lepas Slot MPL Musim Ke-3 Selepas Kehilangan 3 Pemain

Salah sebuah pasukan jemputan bagi Mobile Legends Profesional League Musim Ke-3, Mystic (Mystic Burden) telah mengumumkan bahawa mereka akan menarik diri dari slot jemputan tersebut selepas kehilangan 3 orang pemain.

Menerusi kenyataan di laman Facebook mereka, Mystic memaklumkan bahawa Mohd Haqqani “2ez4jepv” Jaffar, Mohd Zul Hisham “Xorn” Mohd Noor dan Nik Aqieff “Dominus” Nik Muhd Muhyyiddin telah meninggalkan pasukan tersebut di atas beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

Oleh kerana sesebuah pasukan memerlukan sekurang-kurangnya tiga pemain asal untuk menerima jemputan terus, Mystic kini perlu melalui pusingan kelayakan bagi menyertai MPL Musim Ke-3. Sama ada slot yang kini kosong itu akan digantikan oleh pasukan di kedudukan ke-7 musim lalu atau dicuri oleh pemain yang meninggalkan pasukan kerana mereka memenuhi syarat 3 pemain asal, masih lagi belum didedahkan oleh pihak penganjur.

Memandangkan 3 orang pemain tersebut juga masih belum mendedahkan pasukan baharu mereka, perkara ini mungkin memerlukan sedikit masa sebelum ia dapat diselesaikan.

Sumber : Mystic / MPL Msim Ke-3