Mobile Legends

Mobile Legends Professional League (MPL) MY/SG Kembali Untuk Musim Ketiga Januari Ini

3 tahun lalu

Mobile Legends Professional League (MPL) MY/SG Kembali Untuk Musim Ketiga Januari Ini

Oktober lalu, pusingan akhir bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SGmusim kedua telah berlangsung di Paradigm Mall, dihadiri lebih 190,000 pengunjung. Pasukan Saiyan Reborn diangkat sebagai juara keseluruhan liga selepas menewaskan pasukan Evos SG.

Kini, liga ini akan kembali untuk musim ketiga pada bulan Januari kelak dengan hadiah yang lebih lumayan berbanding musim sebelumnya. MPL musim ketiga akan menyediakan hadiah melebihi USD100,000 untuk direbut.

Sebanyak 6 pasukan dari musim kedua telah menerima jemputan terus ke musim ketiga iaitu:

  1. Team Reborn (sebelum ini Saiyan Reborn)
  2. EVOS SG
  3. Flash Tyrants
  4. Bosskurr Gaming (bekas pemain AirAsia Saiyan)
  5. Mystic GeekFam
  6. Bigetron SG

Untuk makluman, jemputan terus ini diberikan kepada pemain dan bukannya organisasi mereka. Oleh yang demikian, pasukan AirAsia Saiyan terpaksa melalui pusingan kelayakan terbuka selepas kesemua pemain asal mereka meninggalkan pasukan untuk kini bermain di bawah nama Bosskurr Gaming.

Pusingan kelayakan terbuka akan diadakan bermula pada 18 Januari 2019 bagi penduduk Malaysia manakala penduduk Singapura akan bermula pada 26 Januari 2019. Berikut adalah butiran bagi pusingan kelayakan ini:

Malaysia (3 Slot)

  • Pendaftaran : 22 Disember 2018 – 04 Januari 2019
  • Perlawanan : 18 – 20 Januari 2019
  • Pautan Pendaftaran : Daftar

Singapura (1 Slot)

  • Pendaftaran : 05 – 20 Januari 2019
  • Perlawanan : 26 – 27 Januari 2019
  • Pautan Pendaftaran : Daftar

4 pasukan dari pusingan kelayakan ini akan menyertai 6 pasukan jemputan untuk bertanding di musim tetap liga yang akan berlangsung selama 6 minggu. Setiap pasukan juga akan menerima USD350 setiap minggu sebagai subsidi daripada liga untuk membantu mereka sepanjang bertanding. Selain daripada subsidi tersebut, di musim tetap ini, pasukan juga akan menerima hadiah bagi setiap mata yang diperoleh mereka setiap minggu iaitu USD200 bagi setiap mata.

Musim tetap akan berlangsung bermula pada 08 Mac sehingga 14 April 2019. 8 pasukan terbaik di musim tetap kemudiannya akan mara ke pusingan akhir (main habis) untuk mencari juara keseluruhan musim. Berikut adalah pembahagian hadiah bagi pusingan main habis:

  1. USD25,000
  2. USD12,000
  3. USD5,000
  4. USD3,000
  5. USD1,500
  6. USD1,500
  7. USD1,000
  8. USD1,000

Layari : Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL)