Riot Games

Riot Games Melabur Pada Hypixel Studios, Pembangun Kepada Permainan Hytale

2 tahun lalu

Riot Games Melabur Pada Hypixel Studios, Pembangun Kepada Permainan Hytale

Pembangun kepada permainan League of Legends, Riot Games nampaknya bakal melibatkan diri dalam pembangunan sebuah permainan baharu iaitu Hytale.

Namun begitu penglibatan ini bukanlah secara terus tetapi melalui pelaburan ke dalam studio pembangun permainan tersebut iaitu Hypixel Studios. Hytale merupakan permainan RPG dunia terbuka berasaskan pembinaan blok yang serupa dengan permainan Minecraft.

Hypixel sendiri terkenal sebagai penghos pelayan Minecraft terbesar sebelum memulakan usaha membangunkan permainan tersendiri mereka sejak pada tahun 2015 lalu. Penglibatan Riot Games pada permainan ini bermula pada tahun 2016 lalu apabila Hypixel menghubungi Riot Games bagi mendapatkan nasihat berkaitan dengan pembinaan studio permainan yang memfokuskan kepada permainan baharu yang dimodifikasi dari permainan asal.

Baca Juga :   Lebih 150 Pekerja Riot Games Sertai Protes Terhadap Keputusan Syarikat Paksa Timbang Tara Persendirian

Tertarik dengan semangat mereka, sokongan dari komuniti dan visi mereka, Riot Games mengambil keputusan untuk melabur pada permainan ini. Pada ketika ini, Hytale masih lagi dibangunkan dan masih berada di peringkat beta terbuka.

Layari : Hytale

Sumber : Dot Esports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments