Artifact

Kenali Artifact – Bahagian 4 : Terma Dan Glosari (A-Z)

2 tahun lalu

Kenali Artifact – Bahagian 4 : Terma Dan Glosari (A-Z)

Artikel ini adalah termasuk di bawah siri Kenali Artifact.


Sebelum memasuki bahagian kaedah bermain dan mekanik permainan, kita akan pelajari terlebih dahulu terma-terma perkataan yang akan sering digunakan semasa bermain. Ini adalah bagi menyediakan rujukan apabila terma tersebut digunakan pada artikel selepas ini.

Sumber terma dan glosari :


A

Action Phase (Fasa Aksi)

  • Fasa pertama untuk setiap lorong. Pemain bergilir memainkan kad di lorong semasa. Selepas kedua-dua pemain memilih untuk melepasi (passed) fasa ini maka tamatlah fasa aksi dan beralih ke fasa pertarungan.

Aggro

  • Di dalam permainan Artifact terdapat tiga jenis dek tipikal iaitu Aggro, MidRange dan Control. Aggro adalah singkatan bagi Aggression (agresif). Ia merujuk kepada dek yang memfokuskan kepada pertarungan dan serangan agresif. Pengguna dek aggro kebiasaanya mahu mempunyai kelebihan pada awal permainan berbanding lawan mereka dengan menggunakan kad yang mempunyai kuasa serangan yang tinggi.

Ancient

  • Ancient merujuk kepada banggunan yang muncul selepas sesebuah menara di lorong ditumpaskan. Ia mempunyai 80 nilai nyawa. Jika Ancient dimusnahkan, permainan akan tamat secara automatik pemain yang memusnahkannya adalah pemenang.

AOE

  • AOE merupakan singkatan bagi Area of Effect (Kawasan Efek). Di dalam permainan Artifact, kad jenis AOE akan memberikan efek terhadap keseluruhan papan permainan.

Armor (Perisai)

  • Armor mengurangan kuasa serangan musuh mengikut nilai butirnya. Namun begitu, ia tidak berkesan terhadap serangan jenis piercing damage. Jika nilai armor adalah negatif, unit tersebut akan menerima kuasa serangan tambahan dari musuh mengikut nilainya.

B

Bounty

  • Nilai emas yang dianugerahkan selepas membunuh sesuatu unit.

Buff

  • Efek, mantera atau modifikasi yang memberikan kelebihan atau peningkatan pada sesuatu unit.

Buy Phase (Fasa Pembelian)

  • Juga digelar sebagai shopping phase, ia merupakan fasa dimana para pemain boleh membeli kad di kedai item menggunakan emas yang diperolehi mereka.

C

Cleave

  • Cleave membolehkan serangan dikenakan kepada jiran kad unit sasaran. Ini bermakna, selain daripada unit yang diserang, kad di kiri dan kanan kad unit sasaran juga akan menerima serangan tersebut.
Paparan efek cleave di dalam permainan.

Combat Phase (Fasa Pertarungan)

  • Merupakan fasa terakhir bagi setiap lorong dimana setiap unit termasuk pihak lawan melakukan serangan secara serentak. Selepas semua serangan berakhir, permainan beralih ke lorong seterusnya.

Condemn

  • Memusnahkan sesuatu unit, item atau penambahbaikan (improvement) serta merta. 

Creep (Kad Creep)

  • Kad creep hadir dengan ciri yang sama dengan mantera di mana ia memerlukan kad hero dengan warna yang sama pada lorong dan juga memerlukan mana untuk digunakan. Dua unit kad creep melee diletakkan secara rawak di awal pusingan. (Baca lengkap)
Contoh kad creep.
Contoh kad creep.

Consumable (Guna Habis)

  • Sejenis item. Item dari jenis ini boleh dibeli dibahagian consumable semasa fasa pembelian (shopping phase). Ia tidak diambil dari dek pemain tetapi dijana khas oleh permainan secara rawak iaitu satu kad bagi setiap fasa pembelian. Seperti namanya, item ini hanya boleh digunakan sekali sahaja sebelum ia habis (kecuali ia dibeli semula dari kedai). Item jenis ini tidak memerlukan mana untuk digunakan.
Contoh kad guna habis.
Contoh kad guna habis.

Control

  • Salah satu daripada tiga jenis dek utama bersama dengan Aggro dan Midrange. Selalunya dek jenis ini dimainkan secara bertahan dan mampu mengawal musuh dari mempunyai kelebihan. Dek jenis ini juga kebiasaanya mempunyai kelebihan di lewat permainan.

Cross Lane (Lintas lorong)

  • Merujuk kepada kad yang mampu digunakan kepada lorong lain yang tidak aktif. Walaupun boleh dimainkan pada lorong bukan semasa, ia menngunakan mana dan hero di lorong semasa. Kad jenis ini mempunyai ikon anak panah ditepi nilai mana yang diperlukan. (Lihat Contoh)

D

Damage Immunity (Imuniti Kecederaan)

  • Unit yang mempunyai Damage Immunity adalah kebal dari sebarang kecederaan. Namun begitu, ia masih mampu dibunuh sekiranya di-condemn.

Death Shield (Perisai Kematian)

  • Merujuk kepada keadaan dimana sesebuah unit akan mati, namun sebaliknya ia terselamat dengan baki 1 nyawa kerana mempunyai Death Shield. Sesebuah unit hanya boleh mempunyai satu Death Shield sahaja pada satu-satu masa.

Debuff

  • Bertentangan dengan buff, eia memberikan sesebuah unit efek negatif.

Deny

  • Merujuk kepada perbuatan memusnahkan unit sendiri.

Deployment Phase (Fasa Peletakkan)

  • Fasa dimana pemain menerima dua creep pada lorong rawak dan boleh meletakkan hero (sekiranya ada) pada lorong pilihan pemain. Pemain kemudiannya menerima dua keping kad dan melanjutkan permainan ke fasa aksi (Action Phase).

Disarm

  • Unit yang menerima/dikenakan efek disarm tidak boleh menyerang pada fasa pertarungan (Combat Phase).

E

F

Fountain

  • Hero yang mati akan kembali ke Fountain. Hero akan kembali semula untuk dimainkan dua pusingan pada fasa peletakkan (Deployment Phase).

G

Gold

  • Gold (emas) adalah matawang di dalam permainan. Sekiranya sesebuah unit dimusnahkan, pihak lawan menerima emas mengikut jumlah ganjaran yang ditetapkan pada kad unit tersebut. Emas boleh digunakan untuk membeli item pada fasa pembelian (Shopping phase).

H

Hero

  • Salah satu daripada 5 jenis kad utama. Setiap dek diwajibkan mempunyai 5 kad hero. Hero adalah kad berkuasa yang diletakkan pada lorong pada fasa peletakkan (Deployment Phase). Hero mempunyai tiga buah slot item iaitu slot perisai, aksesori dan senjata serangan. Hero yang mati akan kembali ke fountain sebelum ia kembali semula untuk digunakan selepas dua pusingan.
Baca Juga :   Kenali Dota 2 - Bahagian 1 : Pengenalan

I

Improvement (Penambahbaikan)

  • Kad penambahbaikan adalah salah satu jenis mantera yang memberikan efek kekal kepada lorong permainan. Ia boleh dimusnahkan oleh kad efek. Kad ini tidak dikira sebagai unit.

Initiative (Inisiatif)

  • Merujuk kepada pemain yang akan memulakan aksi seterusnya (memainkan kad/menggunakan abiliti). Inisiatif sentiasa diberikan kepada pemain Radiant di permulaan permainan. Pada permulaan setiap fasa aksi, pemain yang terlebih dahulu menamatkan pusingan (passed) fasa aksi sebelum ini akan memperoleh inisiatif dan memulakan fasa aksi semasa.

Item

  • Kad item adalah kad yang boleh digunakan pada unit dan hero. Hero mempunyai tiga slot item. Item boleh dibeli semasa fasa pembelian menngunakan emas dan tidak memerlukan mana untuk digunakan.

J

K

L

Lock (Dikunci)

  • Kad tidak boleh dimainkan sekiranya ia dikunci. Jumlah pusingan diperlukan sebelum ia dinyahkunci dinyatakan pada kad yang mempunyai efek kunci tersebut.

M

Mana

  • Mana adalah sumber yang diperlukan untuk menggunakan kad jenis mantera, penambahbaikan dan creep. Setiap lorong mempunyai jumlah mana tersendiri yang bermula dengan nilai 3 mana. Setiap pusingan, jumlah mana akan disegar semula dan meningkat sebanyak 1 mana.

Melee Creep

  • Melee creep bagaimanapun adalah kad berstatus neutral dan berwarna kekelabuan berbeza dengan creep lainnya. Ia adalah creep paling asas yang diperoleh automatik di permulaan pusingan (2 unit) dan diletakkan secara rawak di lorong. Ia juga boleh diseru oleh kad tertentu seperti Barracks dan Dimensional Portal.

Modify

  • Merujuk kepada aksi memberikan sesuatu unit efek khas kekal sama ada buff mahupun debuff. Hero yang di-modify akan mengekalkannya walaupun hero tersebut mati. Efek ini boleh dimusnahkan mengunakan kad efek Purge.

N

O

P

Pierce

  • Merujuk kepada serangan yang memintas perisai. Kuasa serangan tidak akan dikurangkan oleh perisai unit yang diserang dengan serangan jenis ini.

Proc (Programmed Random Occurence )

  • Merujuk kepada efek/abiliti yang diaktifkan sekiranya keadaan yang diperlukannya dipenuhi. Sebagai contoh, abiliti pasif Zeus yang memberikan 1 nilai serangan piercing kepada jiran musuhnya selepas kad bewarna biru dimainkan.

Purge

  • Memusnahkan sebarang efek sementara atau kekal pada unit. Namun begitu ia tidak melibatkan efek atau abiliti luaran seperti dari item yang aktif pada hero, dari penambahbaikan (improvement) dan efek dari kad jiran.

Q

R

Rapid Deployment (Peletakkan Pantas)

  • Membenarkan hero kembali dimainkan pada pusingan seterusnya melangkaui keperluan asal iaitu menunggu dua pusingan.

Regenerate

  • Nilai nyawa yang dipulihkan selepas berakhirnya pertarungan. Ia diberikan sebelum sesuatu unit itu mati. Ini bermakna, sekiranya sesuatu unit mempunyai 4 nilai nyawa dan 2 nilai regen dan menerima 4 kuasa serangan dari musuh, ia terselamat dari kematian kerana disembuhkan oleh regen dan kini mempunyai 2 nilai nyawa.

Retaliate

  • Sekiranya diserang, efek ini akan memberikan kecederaan (balas) tambahan kepada penyerang mengikut nilainya. Sebagai contoh, kad Ion Shell memberikan tiga nilai retaliate kepada sesuatu unit. Sekiranya unit ini diserang, penyerang akan menerima 3 nilai serangan balas.

RNG (Random Number Generator)

  • Merujuk kepada keadaan atau aksi rawak yang berlaku semasa bermain.

S

Siege

  • Kuasa serangan tambahan yang dikenakan terus kepada menara lawan sekiranya ia dihalang oleh sesuatu unit.

Silence

  • Unit yang didiamkan tidak boleh mengunakan abiliti aktif mereka termasuklah abiliti item mereka. Sekiranya sesuatu hero didiamkan, kad dengan warna yang sama dengan hero tersebut tidak boleh dimainkan.

Stunt (pegun)

  • Unit yang dipegun akan memerima efek silence dan tidak boleh menyerang.

T

Taunt (Cemuh)

  • Unit yang di-cemuh akan dipaksa menyerang unit pen-cemuh.

U

Unit

  • Sebarang creep atau hero yang berada di papan permainan. Menara dan penambahbaikan (improvement) adalah tidak termasuk sebagai unit.

V

W

Weapon (Senjata)

  • Item jenis senjata boleh digunakan pada hero melalui slot senjata mereka. Ia meningkatkan kuasa serangan hero tersebut dan mungkin disertakan dengan efek atau abiliti lainnya.

X

Y

Z

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments